BERITA

Tawaran kadar cukai istimewa kepada pengilang terpilih pindah lokasi ke Malaysia dilanjutkan



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Insentif penawaran kadar cukai istimewa kepada pengilang terpilih yang memindahkan lokasi perniagaan ke Malaysia dan membuat pelaburan baharu akan dilanjutkan selama satu tahun lagi sehingga 31 Disember 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata skop galakan cukai yang dibuat melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu turut diperluas kepada syarikat dalam sektor perkhidmatan terpilih yang memberi kesan pengganda signifikan dengan pemberian kadar cukai pendapatan kosong sehingga 10 peratus untuk tempoh 10 tahun. 

Pada masa yang sama, katanya satu kajian menyeluruh ke atas struktur galakan cukai sedia ada sedang dilaksana bagi menyediakan rangka kerja galakan percukaian kompetitif, telus dan lebih menarik.

“Bagi memberi ruang kepada kajian tersebut, galakan cukai sedia ada yang akan tamat pada tahun ini akan dilanjutkan sehingga 2022,” kata beliau ketika membentangkan belanjawan dengan tema ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata lanjutan tempoh itu merangkumi galakan cukai untuk aktiviti pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi aeroangkasa, pembinaan dan pembaikan kapal, status Bionexus dan galakan cukai bagi koridor pembangunan ekonomi. 

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel