KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan dari syarikat penerbangan di Malaysia yang terkesan dengan kehilangan kerja akibat pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi tujuan itu, RM50 juta disediakan, kerana kerajaan sedar bahawa sektor pelancongan membabitkan syarikat penerbangan merupakan antara paling terkesan ekoran wabak itu.
Sewaktu membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ di Parlimen hari ini, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai juru pandu pelancong di semua taman negara.
Beliau berkata bagi memastikan ketersediaan tempat tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara.
“Sejumlah RM20 juta diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi Kampung-Kampung Budaya di Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.
“Selain itu, sebanyak RM10 juta pula diperuntukkan bagi memastikan bangunan warisan kebangsaan seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara juga akan terus kekal terpelihara menjadi ikon pelancongan,” katanya.
Tengku Zafrul berkata kerajaan juga menyediakan RM35 juta kepada Malaysia Healthcare Travel Council bagi meningkatkan daya saing industri pelancongan kesihatan negara.
Tegasnya kerajaan juga akan melanjutkan pengecualian cukai pendapatan bagi eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sehingga 2020.
Beliau berkata kekurangan kehadiran pelancong dapat dirasai peniaga dan penjaja termasuk di Sabah, dan lantaran itu, Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 diberikan kepada mereka selain pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong.
Sementara itu Tengku Zafrul berkata, bagi membantu mengurangkan beban aliran tunai syarikat yang masih terjejas, pengecualian levi tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) akan diberikan selama enam bulan berkuatkuasa 1 Jan 2021 meliputi sektor pelancongan dan syarikat terjejas dengan COVID-19.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel