KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembangunan sukan elektronik atau e-sukan dalam Belanjawan 2021 membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasakan sukan itu, kata Presiden Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL) Hisham Darus.
Beliau berkata jumlah tersebut dapat memanfaatkan sepenuhnya ekosistem e-sukan merangkumi pendidikan serta pembangunan akar umbi di negara ini ketika pandemik COVID-19 menjadi cabaran utama global.
"Keputusan meneruskan peruntukan khusus buat pembangunan e-sukan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam mengangkat dan memartabatkan sukan elektronik sebagai sukan yang diterima masyarakat di negara kita.
"Bagi pihak komuniti e-sukan di Kuala Lumpur, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen kerajaan dengan meneruskan peruntukan khusus buat pembangunan sukan elektronik dalam pembentangan Belanjawan 2021," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Hisham berkata ekosistem e-sukan turut merangkumi pelbagai cabang yang membantu perkembangan ekonomi negara seperti bidang penganjuran, kejurulatihan dan penciptaan kandungan yang juga membantu ekonomi golongan belia masa kini.
"Peruntukan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendidik dan membangunkan e-sukan dalam menyediakan ekosistem ekonomi dan perpanduan para belia di Malaysia secara amnya," kata beliau.
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut pembangunan e-sukan diberi perhatian dalam pembentangan belanjawan yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM20 juta menerusi Belanjawan 2020 dan RM10 juta pada pembentangan Belanjawan 2019.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel