BERITA

Pengeluaran Akaun 1 KWSP antara inisiatif ringankan beban kewangan rakyat



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan hari ini mencadangkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban kewangan rakyat semasa tempoh krisis pandemik COVID-19, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata ini termasuk penurunan kadar cukai pendapatan individu pemastautin, pengurangan caruman pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta membenarkan pengeluaran Akaun 1 dana persaraan itu.

“Kerajaan bersetuju kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 yang dijangka memberi manfaat kepada 1.4 juta pembayar cukai,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja turut dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna.

“Ini akan memberi manfaat kepada pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion,” katanya.

Tengku Zafrul berkata kerajaan turut mencadangkan kemudahan pengeluaran Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

“Pengeluaran ini bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan 600,000 ahli yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata dengan mengambil kira inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

“Keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 diunjurkan melibatkan RM4 billion. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.

Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ memperuntukkan RM322.5 bilion iaitu RM236.5 bilion disediakan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel