KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan akan meningkatkan jaminan sehingga RM10 bilion lagi, dengan RM2 bilion diperuntukkan khusus kepada usahawan Bumiputera.
Setakat ini, sebanyak RM25 bilion jaminan telah diberikan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan.
“Bagi syarikat korporat yang terlibat dalam industri berkemahiran tinggi seperti minyak dan gas, serta aeroangkasa, jaminan bernilai RM3 bilion dikhususkan di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin.
“Skim ini akan dilanjutkan sehingga tahun 2021 dengan terma dan syarat yang ditambah baik,” kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen di sini hari ini.
Bagi menggalakkan aktiviti pemberian kredit yang teratur dan meningkatkan perlindungan pengguna, Akta Kredit Pengguna akan digubal.
Akta ini menyediakan kerangka kawal selia aktiviti berkaitan pemberian kredit pengguna dan memperkukuh penyeliaan ke atas penyedia kredit bukan bank yang pada masa ini tidak diselia.
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti akan menerajui usaha menggubal kawal selia penyedia kredit pengguna, katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel