BERITA

Pengeluaran lesen import rokok baharu dibekukan mulai 1 Jan, 2021 



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan akan membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu mulai 1 Jan, 2021 sebagai antara strategi menambah baik kutipan hasil bagi membasmi aktiviti penyeludupan, terutama barangan berduti tinggi. 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pada tarikh sama, kerajaan akan turut memperketat pembaharuan lesen import rokok menerusi semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import dan mengehadkan aktiviti transit dagangan rokok di pelabuhan tertentu.

"Kerajaan akan mengenakan cukai dengan kemudahan pulangan balik atau 'drawback' ke atas semua rokok import bagi tujuan transit dagangan dan eksport semula.

"Selain itu, kerajaan juga tidak akan membenarkan aktiviti transit dagangan dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit dan akan mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai mulai 1 Jan, 2021," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan turut mengenakan duti eksais pada kadar 'ad valorem' 10 peratus membabitkan semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik, termasuk vape yang turut berkuatkuasa pada 1 Januari depan.

Malah, cecair rokok elektronik akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen bagi setiap mililiter, katanya.

"Pada masa ini, hasil kerajaan adalah sekitar 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK), termasuk hasil berkaitan petroleum sekitar 3.0 peratus. 

"Kerajaan perlu memastikan sumber hasil adalah mampan dan mampu membiayai perbelanjaan terutamanya perbelanjaan mengurus," katanya.

Beliau berkata, pasukan petugas pelbagai agensi akan turut diperkasa dengan penyertaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel