BERITA

Kerajaan cadang perluaskan pengecualian cukai ke atas geran sukuk Hijau SRI



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan hari ini mencadangkan pengecualian cukai pendapatan sedia ada ke atas geran untuk sukuk Hijau Sustainable and Responsible Fund (SRI) diperluaskan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia juga termasuk geran untuk semua jenis sukuk SRI dan bon yang mencapai Hijau, Sosial dan Standard Bon Kemampanan ASEAN yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

"Pengecualian cukai pendapatan ke atas geran tersebut diberikan untuk tempoh lima tahun bagi permohonan yang diterima SC mulai 1 Januari, 2021 hingga 31 Disember 2025,” katanya.

Beliau berkata SC menerusi dana statutori Capital Market Development Fund telah menyediakan geran sukuk Hijau SRI berjumlah sehingga RM6 juta.

Setiap penerbit sukuk tersebut perlu memohon kepada SC bagi mendapatkan geran itu yang digunakan untuk membiayai perbelanjaan ‘external review’ yang terhad kepada RM300,000.

Geran yang diterima oleh penerbit sukuk tersebut adalah dikecualikan cukai pendapatan bagi permohonan yang diterima SC mulai 1 Januari, 2018 hingga 31 Disember 2020.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel