KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Industri perbankan Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan untuk mencapai matlamat Belanjawan 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank (M) Bhd, Datuk Ong Eng Bin berkata Belanjawan 2021 memberi sokongan yang amat diperlukan perniagaan dengan menjadikan ekonomi lebih berdaya tahan walaupun terdapat kekangan hasil akibat pandemik.
Belanjawan itu jelas menumpukan terutama usaha membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran semasa, dengan penekanan khusus kepada mereka yang terjejas, termasuk petugas barisan depan, katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli berkata sesuatu yang amat dialu-alukan apabila banyak sokongan disediakan untuk kumpulan yang terjejas, terutama segmen pendapatan 40 peratus terendah, menerusi kesinambungan pakej rangsangan fisikal seperti penambahbaikan pinjaman dan bantuan bayaran pembiayaan.
Beliau berkata bantuan sosial itu akan meringankan beban yang dihadapi rakyat, selain menyokong pembangunan semula dan memperkukuh rangkaian usaha sosial dan ekonomi Malaysia.
“Kami turut menyambut baik pelan tindakan bersasar kerajaan untuk terus menyokong dan memastikan pendapatan segmen yang terjejas teruk terutama perusahaan kecil dan sederhana.
“Seperti sebelum ini, ia membuktikan kerajaan terus akan memastikan pemilik perniagaan dapat mengharungi kesan ekonomi ekoran pandemik COVID-19,” katanya.
Khairussaleh berkata berlandaskan belanjawan pengembangan itu, risiko negatif ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan dijangka lebih terhad berbanding tahun ini.
“Pada masa ini, tiga risiko yang dipantau rapat adalah tempoh penerimagunaan komersial vaksin COVID-19 yang berkesan, hala tuju pertumbuhan ekonomi global serta ketidaktentuan keadaan pasaran kewangan global.
“Kami akan terus melaksanakan peranan penting dalam menyokong pelanggan kami mengharungi tempoh mencabar ini,” katanya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ yang memperuntukkan RM322.5 bilion iaitu RM236.5 bilion disediakan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel