KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi meneruskan dan memperluaskan pelaksanaan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 ke Pulau Pinang dan Kuantan menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata inisiatif tersebut membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas dan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dengan harga RM30 sebulan.
Selain itu, beliau berkata pas perjalanan bulanan tanpa had dengan harga RM5 akan diperkenalkan untuk pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan enam.
"Mereka boleh menggunakan pas ini bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom.
"Jika tambang sekarang secara puratanya ialah RM5 sehari, maka bermula tahun hadapan, tambangnya hanyalah RM5 sebulan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
-- LAGI
BELANJAWAN-PENGANGKUTAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Tengku Zafrul berkata menerusi belanjawan itu Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti yang dilaksanakan di Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu akan diperluaskan secara berfasa.
"Program ini akan diperluas secara berfasa ke Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan dengan peruntukan RM150 juta," katanya.
Beliau berkata pengecualian cukai jualan bagi pembelian bas siap dalam negara akan dilanjutkan bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun depan.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata bagi pembangunan infrastruktur pengangkutan pula, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 billion bagi membiayai antaranya projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama.
"Selain itu, beberapa projek lain juga akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura dan MRT 3 (Transit Aliran Massa) di Lembah Klang," katanya.
Tengku Zafrul berkata kerajaan turut memperuntukkan hampir RM3.8 bilion untuk tujuh projek infrastruktur pengangkutan seperti projek fasa dua bagi pembinaan Jambatan Klang Ke-3 di Selangor, Projek Central Spine Road di jajaran baharu di Kelantan dan Pahang serta naik taraf jambatan merentasi Sungai Marang, Terengganu.
Katanya projek lain di bawah peruntukan itu adalah naik taraf Jalan Persekutuan menghubungkan Gerik, Perak ke Kulim, Kedah, projek fasa tiga bagi membina dan menaik taraf lingkaran Pulau Indah, Klang, Selangor, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi pakej dari Serusop ke Pituru serta Projek Jalan Pintasan Cameron Highlands, Pahang.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel