KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Sejumlah RM158 juta diperuntukkan kepada komuniti Orang Asli yang antaranya bagi pelaksanaan program bantuan sosial dan Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan menaik taraf dan membina 14 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) baharu antaranya di Slim Sungai Kinta, Perak dan Pos Sungai Kelai Jempol, Negeri Sembilan.
“Pada masa sama, kerajaan turut menyediakan RM5 juta bagi menjalankan kerja-kerja ukur tanah untuk menanda sempadan di 21 perkampungan Orang Asli dan RM41 juta juga telah diperuntukkan bagi program Hak Adat Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga berkata untuk menggalakkan budaya sukarela di peringkat komuniti, kerajaan akan menaikkan nilai geran bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM4,800 kepada RM6,000 dengan peruntukan hampir RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebih 8,000 KRT.
“Kerajaan juga akan menyediakan RM50 juta bagi projek-projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT). Ia juga merangkumi pelaksanaan program perpaduan dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan komuniti setempat,” katanya.
Selain itu, beliau berkata Jabatan Penjara Malaysia akan memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi melaksanakan Program Pembangunan Insan antaranya untuk memberikan kemahiran vokasional kepada banduan melalui penghasilan pelbagai jenis produk di bawah MyPRIDE dan Tenun Pahang Diraja.
“Potongan cukai tambahan diberikan kepada majikan yang menggaji bekas banduan dan bekas penagih dadah dilanjutkan sehingga 2025, yang bertujuan menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan ini serta mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat,” katanya.
Tengku Zafrul juga berkata sejumlah RM15 juta akan diperuntukkan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) bagi melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan yang bakal memanfaatkan lebih 5,000 penggiat seni serta petugas produksi belakang tadbir.
Beliau berkata kerajaan akan turut menaikkan bantuan kewangan tahunan bagi pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada RM33,000 kepada RM50,000 yang akan memberi manfaat kepada 285 PAWE di seluruh negara.
Katanya kerajaan juga akan memperuntukkan RM176 juta bagi program pendidikan awal kanak-kanak oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) .
“Peruntukan ini antaranya untuk membiayai Bantuan Makanan Tambahan, Bantuan Per Kapita, penyelenggaraan dan pembaikan Tabika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).
“Kerajaan juga akan menyediakan pusat komuniti sebagai tempat jagaan kepada anak-anak selepas tamat persekolahan dengan peruntukan RM20 juta bagi meringankan kos sara hidup kumpulan B40 bandar khususnya bagi ibu bapa yang bekerja,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel