Oleh Siti Noor Afera Abu & Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Insiatif Belanjawan 2021 untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilihat realistik dalam usaha memacu kelangsungan dan transformasi perniagaan tradisional kepada pendigitalan.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata usaha itu merupakan langkah terbaik bagi memastikan sektor ekonomi PKS berkembang dalam dimensi baharu.
“Sekiranya dimensi baharu ini tidak diperkasakan, usahawan akan berhadapan dengan kemalapan dalam perniagaan mereka,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata justeru, kerajaan memberi perhatian khusus kepada sektor itu untuk mengembalikan momentum menerusi suntikan dana serta usaha pendigitalan berterusan.
Pada masa sama, kerajaan memperkenalkan inisiatif seperti menggalakkan penghasilan, pembelian barangan buatan Malaysia, katanya.
Mohammad Tawfik berkata langkah ini bukan sahaja dapat membantu PKS dalam jangka pendek, malah menyokong kelangsungan PKS yang sememangnya berhadapan kesukaran akibat iklim perniagaan yang merosot sehingga ada kalangan mereka yang terpaksa menutup perusahaan akibat COVID-19.
“Jika dibiarkan sektor ini dengan tidak dibantu menerusi suntikan dana tambahan dalam Belanjawan 2021, ia akan mewujudkan rantaian masalah antaranya kehilangan pendapatan dan pekerjaan yang semakin meluas di negara ini,” katanya.
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman pula berkata Belanjawan 2021 turut memperkasakan golongan usahawan wanita terutama melalui pembiayaan mikro kredit khas berjumlah RM95 juta yang diberikan melalui TEKUN, Mara dan AgroBank.
“Ia sangat wajar, bantuan disasarkan kepada golongan mudah jejas selain dapat membantu kelangsungan operasi harian mereka,” katanya.
Beliau berkata lebih RM150 juta lagi yang diperuntukkan kepada MARA bagi menyediakan beberapa skim pinjaman kepada PKS akan dapat dimanfaatkan sebagai suntikan jangka pendek bertujuan membantu sektor itu mengharung situasi pandemik yang sangat mencabar.
“Saya berharap agar ada lagi strategi serta inisiatif susulan yang dirangka terutama bagi menyusun semula struktur ekonomi negara bersesuaian dengan norma dan situasi baharu yang tercipta akibat COVID-19,” katanya.
Semasa membentangkan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan antara manfaat yang diperolehi PKS adalah kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar bernilai RM2 bilion di bawah Bank Negara Malaysia yang akan diperkenalkan melalui pinjaman daripada institusi perbankan.
Beliau berkata selain itu RM4.6 bilion diperuntukkan bagi melonjakkan dan memperkasakan usahawan bumiputera.
Ia disediakan untuk tujuan pembiayaan, program peningkatan keupayaan serta pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus, katanya.
Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ itu memperuntukkan RM322.5 bilion iaitu RM236.5 bilion disediakan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel