KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan menerusi kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan menubuhkan Dana Amanah Malaysia-SDG (Matlamat Pembangunan Mampan) atau MySDG Trust Fund dengan peruntukan awal sebanyak RM20 juta.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dana tersebut akan menyelaras pembiayaan daripada pelbagai sumber awam dan swasta secara sistematik, sekali gus membolehkan pelbagai pihak menyalurkan sumbangan serta terbabit dalam usaha mencapai matlamat SDG menjelang 2030.
“Selain itu, kerajaan turut menyokong program-program SDG yang dilaksanakan oleh Kumpulan Parlimen Semua Parti dengan peruntukan sebanyak RM5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata kerajaan akan terus merangka usaha jangka panjang bagi mencapai tujuan itu yang turut berperanan bagi mewujudkan Hab Kewangan Mampan serta menjadikan Malaysia sebagai hab gaya hidup lestari.
Pada Ogos lepas, kerajaan telah menerbitkan sukuk digital pertama secara dalam talian, Sukuk Prihatin yang terlebih langganan dan melepasi sasaran RM666 juta.
Kerajaan juga akan menerbitkan Bon Kelestarian pertama negara bagi tujuan alam sekitar dan sosial pada 2021.
Bagi menggalakkan lagi terbitan produk dan bon Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) yang mencapai standard hijau, sosial dan lestari di Malaysia, pengecualian cukai sedia ada bagi geran sukuk hijau SRI itu turut diperluas kepada semua sukuk dan bon yang turut dilanjutkan sehingga 2025.
Selain itu, kerajaan turut meneruskan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0 diteruskan dengan saiz dana RM2 bilion selama dua tahun sehingga 2022 yang akan ditaja jamin oleh Danajamin bagi menggalakkan terbitan sukuk SRI.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel