KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan akan melaksanakan tujuh inisiatif utama bernilai RM410 juta bagi memperkasakan sektor pertanian dan industri makanan pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ini termasuk peruntukan RM30 juta untuk pelanjutan Program Ladang Komuniti bagi masyarakat separa bandar dan luar bandar, yang membabitkan penyediaan peralatan seperti kit fertigasi dan peralatan tanaman sehingga RM500 untuk setiap individu atau RM50,000 bagi setiap komuniti.
Satu lagi inisiatif ialah pelaksanaan Projek Pertanian Organik sebagai projek kemasyarakatan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta dan ini dijangka memberi manfaat kepada 1,000 masyarakat.
Ketika membentangkan Belanjawan 2021 hari ini, menteri itu juga menyebut mengenai pembiayaan dua program yang disediakan Agrobank merangkumi sejumlah RM150 juta di bawah Program Pemodenan Vesel serta Program Mekanisasi dan pembiayaan RM60 juta untuk Program Pemodenan Rantaian Nilai Makanan Agro.
Kedua-dua program ini adalah pada kadar 3.5 peratus untuk tempoh 10 tahun.
Program pemodenan vesel menawarkan pembiayaan sehingga RM5 juta kepada nelayan untuk menaik taraf peralatan, jaring dan bot manakala program lain menyediakan pembiayaan sehingga RM1 juta kepada usahawan tani mendapatkan peralatan dan teknologi berdasarkan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).
Tengku Zafrul juga berkata kerajaan akan melaksanakan projek pertanian berimpak dan bernilai tinggi dengan peruntukan RM100 juta melalui kerjasama dengan kerajaan negeri seperti penternakan nanas di Johor dan udang air tawar di Negeri Sembilan.
Ia juga akan melaksanakan Program Pembangunan Akuakultur dengan peruntukan sebanyak RM10 juta melalui geran padanan sehingga RM20,000 untuk usahawan mikro membeli peralatan bagi membangunkan ternakan akuakultur bernilai tinggi.
Pada 2019, sektor pertanian menyumbang 7.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sektor pertanian diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada tahun depan, disokong terutamanya oleh pengeluaran minyak sawit dan getah yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel