KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Peruntukan RM2.3 bilion bagi kesiapsiagaan aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Belanjawan 2021 boleh memastikan pengoperasian aset-aset berada pada tahap optimum dengan keupayaan diatur gerak sebilang masa, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.
Beliau berkata pihaknya peka terhadap kepentingan mengimbangi keupayaan ketenteraan dihajati berdasarkan peruntukan kewangan disediakan kerajaan.
“Peruntukan penyelenggaraan aset-aset utama ATM yang ditingkatkan daripada RM2.3 bilion bagi 2021 berbanding RM2 bilion sebelum ini amat penting bagi memastikan kesiagaan pengoperasian aset-aset tersebut.
“Selain peruntukan itu, sebanyak RM16 bilion diperuntukkan kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan dapat membantu pembangunan keupayaan ATM yang dirancang dan disusun berdasarkan senario cabaran serta ancaman semasa dan akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, keprihatinan kerajaan diteruskan lagi terhadap aspek penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang merupakan inisiatif dijamin mampu memberi keselesaan kepada anggota dan keluarga.
“Di samping itu, peruntukan berjumlah RM500 juta bagi pembinaan hampir 1,000 unit baharu RKAT dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan moral warga ATM dalam memastikan kebajikan mereka ini sentiasa diutamakan,” katanya
Affendi berkata berdasarkan ancaman semasa, iaitu penularan wabak COVID-19, ATM perlu sentiasa mengekalkan kesiagaannya bagi memenuhi keperluan tugas-tugas sekunder dilaksana ketiga-tiga cabang perkhidmatannya iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Ia dalam usaha membantu negara terutama Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain bagi memutuskan penularan wabak ini,” katanya.
Beliau berkata peningkatan keupayaan kesiagaan ATM melalui belanjawan yang diperuntukan juga adalah bersandarkan kepada isu-isu keselamatan semasa.
“Melihat kepada pelaksanaan Op Benteng bagi memastikan persempadanan negara tidak diceroboh oleh anasir asing terutamanya pendatang tanpa izin, kesiagaan pertahanan maritim perlu diperkasa berdasarkan perairan negara yang luas,” katanya.
Affendi berkata perkara berkenaan memerlukan peningkatan perolehan aset maritim terutamanya untuk TLDM bagi membolehkan pasukan itu mengoptimumkan peranannya dalam memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.
“Begitu juga dengan keupayaan kesiagaan kawalan persempadanan daratan yang panjang terutama di Sabah dan Sarawak yang memerlukan perancangan strategik TDM, terutama aspek penempatan serta fasiliti pos-pos kawalan baharu,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel