BERITA

Belanjawan 2021 perkasa usaha perangi COVID-19 - KP Kesihatan



KUALA LUMPUR, 6 Nov  -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan yang memperuntukkan tambahan RM1 bilion lagi untuk memerangi COVID-19 pada tahun depan.

Beliau berkata dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 yang disifatkan sebagai tidak pernah terjadi sebelum ini, negara khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan penyelesaian yang luar biasa.

Katanya peruntukan lain yang turut diumumkan bagi sektor perkhidmatan kesihatan awam juga amat ditunggu-tunggu.

“KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi. RM1 bilion tambahan diberikan kepada KKM untuk kesiapsiagaan memerangi COVID-19, Alhamdulilah.

“Peruntukan RM90 juta untuk vaksin pneumokokal kepada 500,000 kanak-kanak melalui Program Imunisasi Kebangsaan sememangnya sesuatu yang amat dinanti-nantikan,” katanya dalam hantaran Twitter malam ini.

Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, kerajaan memperuntukkan RM1 bilion lagi pada tahun depan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19, merangkumi RM475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis.

Sebanyak RM318 juta diperuntukkan untuk penyediaan peralatan perlindungan diri dan pensanitasi tangan kepada petugas barisan hadapan KKM serta  pemberian one-off sebanyak RM500 sebagai menghargai jasa mereka dan dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.

-- BERNAMA

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel