BERITA

MOM terus perjuangkan cadangan pencen untuk atlet Olimpik - Norza

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminta kerajaan  mempertimbangkan semula cadangan untuk memperkenalkan skim pencen kepada Olimpian berikutan cadangan itu tidak termasuk dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat. 

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau akan segera bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Kami faham pada masa ini kerajaan memberi perhatian kepada perkara lebih penting dalam menghadapi pandemik COVID-19. Kami akan terus bekerjasama dengan menteri dalam usaha ini serta cadangan berkaitan perlindungan insurans perubatan percuma kepada atlet kebangsaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bernama sebelum ini melaporkan MOM telah mencadangkan pencen khas dalam Belanjawan 2021 bagi membantu mengurangkan beban atlet kebangsaan yang banyak berkorban demi kejayaan negara di Sukan Olimpik dan mencapai kejayaan setara dengan Olimpik.

Bagaimanapun, MOM gembira dengan komitmen yang ditunjukkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen yang mengambil kira pemegang taruh dalam industri sukan.

Mohamad Norza berkata peruntukan RM55 juta untuk pembangunan sukan elit dan menggalakkan penyertaan wanita dalam sukan dapat membantu memperkukuhkan lagi usaha di peringkat akar umbi.

Katanya, RM20 juta yang dikhaskan kepada operator kemudahan sukan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) membuktikan kerajaan peka dengan kesukaran dan cabaran yang dihadapi akibat penularan COVID-19.

Beliau berkata mengenai jumlah RM103 juta disediakan untuk menaik taraf kemudahan sukan pula, ia dapat menjamin masa depan sukan negara dengan memastikan rakyat terus mendapat akses kepada kemudahan sukan sebaik prosedur operasi standard (SOP) membenarkannya.

“Agenda Nasional Malaysia Sihat  dan kenaikan kadar pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 hingga RM3,000  untuk pembelian peralatan sukan termasuk yuran penyertaan pertandingan pasti mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam sukan.

“Kami mengakui keadaan agak sukar. Oleh itu, kami mengalu-alukan komitmen kerajaan terhadap industri sukan secara menyeluruh dengan peruntukan tidak hanya tertumpu kepada sukan elit sahaja tetapi juga kepada sukan peringkat akar umbi dan operator kemudahan sukan,” katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel