BERITA

Belanjawan 2021 galak pembeli rumah pertama dalam kalangan B40, M40



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Pembentangan Belanjawan 2021 yang menggalakkan pemilikan rumah pertama akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang merasa sukar untuk memiliki rumah, terutamanya mereka yang berada dalam kumpulan B40 dan M40.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk Ir Soam Heng Choon berkata REHDA menyambut baik langkah itu sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang akan mendorong rakyat untuk mengambil langkah pertama bagi memiliki rumah. 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan mengambil langkah untuk mengecualikan duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.

"Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Jan 2021 sehingga 31 Dis 2025," kata Tengku Zafrul.

REHDA turut memuji langkah kerajaan dalam belanjawan kali ini yang membuat pengecualian duti setem pada Memorandum Pindahan dan Perjanjian Pinjaman bagi kontraktor 'penyelamat' dan pembeli asal projek hartanah terbengkalai dalam tempoh sama.

"Inisiatif ini akan memberi ketenangan kepada pembeli yang telah terjejas teruk apabila projek unit hartanah yang dibeli terbengkalai. Langkah ini juga diharap dapat mendorong lebih banyak kontraktor untuk menyelamatkan unit-unit ini sekali gus merealisasikan impian pembeli rumah pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Berkongsi pendapat sama, Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) Lim Boon Ping berkata berbanding Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diperkenalkan kerajaan Jun lepas, belanjawan kali ini dilihat lebih banyak mengutamakan pembeli rumah pertama.

"Kami berharap kerajaan akan memperluas insentif kepada pasaran hartanah sekunder dan bukan sahaja mengutamakan pembeli rumah pasaran utama. 

"Benar, kerajaan ada menyatakan pengecualian duti setem sehingga RM500,000 bagi pemilikan unit rumah pertama tetapi tidak diperincikan sama ada ia terpakai untuk pasaran hartanah sekunder juga," kata Lim yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang jual beli hartanah.

Sementara itu, Perunding Hartanah daripada Transasia Property Consultancy Sdn Bhd Muhamad Rais Yeop Johari berkata usaha kerajaan ini akan merancakkan kembali pasaran hartanah domestik selain dapat mengurangkan lambakan hartanah yang tidak dapat dijual pemaju tahun ini ekoran pandemik COVID-19.

"Peruntukan dana RM1.2 bilion juga dapat menjamin lebih ramai kumpulan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk memiliki kediaman sendiri," ujarnya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel