KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Peruntukan RM2.7 bilion yang disalurkan kerajaan menerusi Belanjawan 2021 bagi penambahbaikan infrastruktur luar bandar disifatkan sebagai menyeluruh dan tepat pada masanya, demikian menurut pakar sosial Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.
Mohammad Shatar yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjelaskan, komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan daripada segi sosial, fizikal dan infrastruktur melibatkan kawasan bandar dan luar bandar harus dipuji kerana ia mampu memberi kestabilan kepada perkembangan ekonomi dan politik negara.
“Kita lihat kerajaan memberi fokus kepada penambahbaikan infrastruktur luar bandar, sebagai contoh daripada jumlah RM2.7 bilion itu, sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 920 kilometer yang pada akhirnya memberi manfaat besar kepada lebih 290,000 penduduk luar bandar yang terbabit.
“Dengan wujudnya jalan-jalan baharu ini, pastinya akan dapat meningkatkan penjanaan ekonomi penduduk di luar bandar, serta dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat memandangkan pihak industri juga boleh membuka lebih banyak kilang-kilang di luar bandar,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam.
Mohammad Shatar turut menjelaskan dengan wujudnya penambahan jaringan jalan raya di luar bandar dan jalan perhubungan desa ini sebenarnya akan dapat mengurangkan pergerakan atau penghijrahan keluar penduduk ke bandar-bandar, sekali gus dapat mengurangkan peratusan kesesakan jalan raya yang sudah sedia ada di sana.
Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan proaktif kerajaan yang bakal menyediakan peruntukan RM355 juta bagi Program Bantuan Rumah kepada golongan miskin, yang disifatkan dasar kerajaan ini pastinya dapat membantu memudahkan kumpulan isi rumah B40 menunaikan impian mereka untuk memiliki rumah sendiri.
“Dengan pelbagai inisiatif dikemukakan kerajaan bagi membantu meningkatkan infrastruktur di luar bandar ini contohnya Program Bantuan Rumah ini, pastinya akan membuatkan masyarakat di luar bandar berasa tidak terasing atau dianaktirikan oleh kerajaan, perkara ini juga kita harus berikan pujian,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel