BERITA

Peruntukan cari bakat baharu OKU, sukan ragbi bantu bawa pencapaian lebih besar



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Peruntukan yang dikhususkan untuk Program Inspire Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Belanjawan 2021 dapat membantu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mencari bakat-bakat baharu dalam sukan para.

Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam mengenal pasti bakat baharu untuk memastikan Malaysia tidak ketandusan atlet para yang cemerlang di peringkat antrabangsa.

“Saya dan pihak MPM sangat bangga dan terharu terhadap kerajaan Malaysia, terutama KBS kerana meluluskan Program Inspire untuk komuniti OKU. InshaAllah, MPM sentiasa ingin membantu KBS dan MSN untuk mencari bakat baharu pada masa akan datang,” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat mengumumkan RM28 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire OKU.

Dalam pada itu, Megat D Shahriman berharap sebahagian daripada peruntukan berjumlah RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara, dapat digunakan bagi membina Pusat Kecemerlangan Para di peringkat negeri.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya menyatakan kegembiraannya apabila pembangunan sukan ragbi diberi perhatian khusus dalam Belanjawan 2021.

Sukan ragbi antara empat sukan berprestasi tinggi termasuk pembangunan atlet wanita yang mendapat manfaat berjumlah RM55 juta, selain sukan badminton, hoki dan berbasikal.

Shahrul Zaman berkata KRM sebelum ini melaksanakan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) dalam keadaan serba kekurangan, dan situasi berkenaan bertambah teruk sejak penularan pandemik COVID-19.

"Peruntukan disediakan kerajaan itu memberi nafas lega selepas perjalanan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) terjejas susulan penarikan diri penaja kerana impak pandemik COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Selain pembangunan, Shahrul Zaman berkata peruntukan itu turut memberi manfaat kepada persediaan skuad kebangsaan bagi menghadapi mana-mana kejohanan tahun hadapan.

Skuad ragbi 15 sepasukan (15's) negara kini menduduki ranking ke-49 dunia dan kedudukan keenam di Asia.

"Kami akan teruskan program pembangunan dan bekerjasama erat dengan KBS MSN, ISN (Institut Sukan Negara) serta KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) dan KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) serta rakan kongsi swasta bagi mencapai matlamat ditetapkan," katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel