BERITA

PDRM hargai peruntukan RM17 bilion perkasa khidmat kepada masyarakat - Ketua Polis Negara

Tan Sri Abdul Hamid Bador.

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan penghargaan terhadap peruntukan RM17 bilion kerajaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi sektor pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam kenyataan sebagai reaksi kepada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam berkata agihannya akan dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Selain itu menurutnya pemberian RM500 secara one-off kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan juga adalah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada pengorbanan dan bakti mereka selama ini.

“Sehubungan itu, peruntukan RM20 juta bagi tujuan memperkasakan program perlindungan dan rondaan biodiversiti yang melibatkan pengambilan lebih 500 bekas polis, tentera dan Orang Asli membuktikan kerajaan komited dalam usaha pemuliharaan alam sekitar serta memelihara khazanah negara,” katanya.

Abdul Hamid berkata PDRM akan memastikan peruntukan yang diberikan kerajaan dalam belanjawan berkenaan dioptimumkan demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata peruntukan RM27 juta untuk CyberSecurity yang dibentang dalam belanjawan itu merupakan satu pengiktirafan jelas, yang menunjukkan kerajaan komited dalam usaha menangani serta mencegah ancaman jenayah siber.

Beliau berkata pada masa sama ia adalah bagi memastikan wujudnya prasarana keselamatan siber yang selamat lagi kondusif di Malaysia.

Berdasarkan statistik insiden keselamatan siber Pusat Bantuan Cyber999 (kendalian CyberSecurity Malaysia) sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 9,042 laporan dibuat berbanding 8,770 tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus.

"Tiga insiden tertinggi yang dilaporkan adalah penipuan (fraud), pencerobohan (intrusion) dan kod berbahaya (malicious code)," katanya.

"Justeru, peruntukan ini akan menyokong usaha serta inisiatif pembangunan program keselamatan siber antaranya program kesedaran keselamatan siber, pembangunan kapasiti dan teknologi serta infrastuktur keselamatan siber bagi tujuan menangani ancaman serta jenayah siber," jelasnya.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan CyberSecurity diperuntukkan RM27 juta untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel