BERITA

Belanjawan 2021: MBAM harap kerajaan laksana segera projek pembinaan mega



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) berharap kerajaan akan melaksanakan dengan segera semua projek pembinaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 kerana ia penting bagi industri itu untuk pulih daripada kesan pandemik COVID-19. 

Persatuan itu menyambut baik perhatian yang diberikan kepada sektor pembinaan menerusi pemulihan semula projek-projek mega. 

"MBAM juga gembira ada peruntukan bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional. Bagaimanapun, kami berharap Kementerian Sumber Manusia dan Construction Labour Exchange Centre Bhd akan melihat kepada isu kekurangan buruh yang berlaku dalam industri pembinaan sekarang,” kata MBAM dalam satu kenyataan. 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam mengumumkan peruntukan RM15 bilion bagi projek seperti Laluan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT3), Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor, Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodlands, Projek Landasan Berkembang Fasa Pertama Lembah Klang dan Lebuh Raya Pan Borneo. 

MBAM juga mengalu-alukan peruntukan bagi membantu penggunaan automasi dan pendigitalan. 

“Ini akan banyak membantu pemain industri menangani kos tinggi mendapatkan teknologi yang diperlukan bagi industri untuk melaksanakan penggunaan pemodelan maklumat bangunan, sistem binaan berindustri (IBS) dan sistem automasi lain. 

“Dengan berbuat demikian, ia akan meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja buruh,” kata persatuan itu. 

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel