BERITA

Belanjawan 2021 mampu percepat pemulihan ekonomi - KPMG



PETALING JAYA, 7 Nov -- Inisiatif galakan sektor pengeluaran domestik menerusi peruntukan sejumlah RM300 juta bagi mewujudkan persekitaran dagangan dalam talian untuk pengeluar dan pedagang tempatan, mampu mempercepat pemulihan negara serta ekonomi.

Ketua Pencukaian KPMG bagi Malaysia, Tai Lai Kok berkata inisiatif yang digariskan dalam Belanjawan 2021 juga menunjukkan bahawa kaedah perniagaan secara tradisional semakin terpinggir dan perniagaan juga berpotensi ketinggalan di peringkat global yang mana hampir semuanya boleh dibeli secara dalam talian.

“Langkah membuka atau menawarkan barangan kita kepada dunia luar menerusi teknologi ini boleh membawa manfaat besar bagi membolehkan produk-produk Malaysia memasuki pasaran yang sebelum ini sukar dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, semalam.

Tai berkata satu lagi cadangan yang disifatkan beliau sebagai inovatif adalah memberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus daripada jumlah pelaburan atau terhad kepada RM50,000 bagi menggalakkan pelaburan individu dalam platform pendanaan awam ekuiti (ECF).

“Pendanaan awam ini sudah lama wujud dan adalah menarik untuk melihat satu insentif diperkenalkan bagi merangsang sektor ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata langkah seterusnya adalah pembabitan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi memberi jaminan kepada para pelabur yang mungkin berminat menyertai usaha tersebut.

Tai juga menyifatkan Belanjawan 2021 itu sebagai berani dan bersifat pengembangan walaupun ekonomi Malaysia diunjurkan menguncup sebanyak 4.5 peratus tahun ini.

“Bidang dan sektor kritikal telah disentuh selain mengakui sepenuhnya kesukaran dan ketidakselesaan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 serta sektor yang teruk terjejas seperti pelancongan dan pengembaraan,” katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel