Oleh : Mohd Adli Shahar dan Wan Muhammad Aslah Wan Razali
KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Peruntukan RM24 juta bagi caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 semalam mampu melindungi kebajikan kira-kira 200 pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata skim berkenaan akan memberi perlindungan insurans kepada anggota sukarelawan agensi itu yang turut terdedah kepada risiko sama seperti anggota pasukan keselamatan lain semasa latihan mahupun ketika situasi sebenar.
“Namun, mereka juga terdedah kepada risiko kemalangan ketika turun naik kapal dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 berkata skim itu akan memberi manfaat kepada 100,000 pekerja termasuk bagi anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia, Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawan Maritim Malaysia.
Dalam pada itu, Mohd Zubil turut berharap peningkatan peruntukan bagi Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM17 bilion bagi Belanjawan 2021 berbanding RM16.9 bilion bagi tahun sebelumnya akan membolehkan Op Benteng dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Beliau berkata bagi APMM, bertugas menjaga sempadan di perairan negara bergantung kepada pelbagai aspek termasuk penyelenggaraan aset dan infrastruktur dengan jumlah peruntukan sedemikian akan membolehkan perkara itu dilakukan dengan berkesan.
“Saya mewakili seluruh warga APMM juga merakamkan penghargaan terhadap pengumuman Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM600 bagi penjawat awam yang pasti akan meningkatkan moral anggota pasukan ini dalam melaksanakan Op Benteng yang masih diteruskan sehingga sekarang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata kadar kenaikan elaun pegawai bomba bantuan (PBB) yang dinaikkan daripada kadar RM6 kepada RM8 sejam akan meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan PBB khususnya dalam bidang pengurusan kecemasan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan elaun untuk lebih 1,900 PBB di seluruh negara,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel