KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Industri pelancongan jelas memerlukan lebih banyak bantuan kerajaan, melihat kepada jumlah tempahan bilik hotel yang jatuh secara mendadak susulan peningkatan kes COVID-19 yang ketara, terutama sejak hujung September lepas, kata jurucakap Persatuan Hotel Malaysia (MAH).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Yap Lip Seng berkata kaji selidik pihaknya baru-baru ini menunjukkan tempahan bilik hotel merudum ke tahap membimbangkan, sehingga hanya 35 peratus pada minggu pertama bulan Oktober, 30 peratus pada minggu kedua dan hanya 20 peratus pada minggu akhir bulan Oktober.
“Sehingga kini, daripada inisiatif yang diumumkan Belanjawan 2021, tidak banyak yang dilihat menyentuh soal kelestarian bidang pelancongan; selain subsidi gaji RM600 tiap seorang pekerja setiap bulan, perkara yang telah sekian lama disuarakan persatuan itu sebagai jumlah yang tidak mencukupi, melihat kepada perolehan daripada perniagaan sektor itu kini menjunam sehingga hampir 80 peratus.
“Pihak industri sering menggesa kerajaan menimbangkan jumlah lebih tinggi berasaskan kepada peratusan, mungkin 50 peratus kepada pekerja dengan pendapatan sehingga RM4,000 sebulan dan 30 peratus bagi pekerja yang memperoleh pendapatan antara RM4,001 dan RM8,000. Model ini dilaksanakan di banyak negara bagi menyokong industri dan melindungi pekerjaan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, lewat semalam.
Beliau berkata tanpa bantuan tunai yang mencukupi kepada sektor perhotelan, di samping membiarkan moratarium pinjaman kepada budi bicara institusi kewangan dan komersil; pemegang taruh industri terutama operator hotel dan pelancongan dilihat terbiar dan terpaksa membuat keputusan yang sukar di samping mengambil langkah srastik untuk kelangsungan hidup.
“Pihak industri ini bagaimanapun amat menghargai usaha kerajaan memberikan bantuan terus kepada pekerja sektor penerbangan yang terkesan, namun kerajaan perlu melihat kepada keadaan keseluruhan, yakni sektor penerbangan itu sendiri sebagai pemegang taruh penting dalam industri pelancongan, perlu dilindungi,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel