BERITA

Belanjawan 2021 komitmen kerajaan perkasa kebajikan rakyat, sektor ekonomi - MB



SEREMBAN, 7 Nov -- Peruntukan RM100 juta bagi projek pertanian dan penternakan berimpak tinggi seperti penternakan udang galah yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 mampu memperkukuh sektor pertanian di negeri-negeri termasuk Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata peruntukan berkenaan juga merupakan bukti komitmen kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memperkasa kebajikan rakyat dalam pelbagai sektor selain merancakkan ekonomi negara. 

“Peruntukan untuk beberapa program seperti Peluasan Kebun Komuniti, Projek Pertanian Organik dan geran padanan Program Ladang e-Satelit dapat membantu meningkatkan sektor yang diunjurkan terus berkembang pada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun hadapan.

“Melalui pelaksanaan program itu juga, ia akan membantu sektor pertanian di Negeri Sembilan lebih berkembang sekali gus menjadikan Negeri Sembilan sebagai Dapur Lembah Klang,” katanya dalam catatan di Facebooknya malam tadi.

Katanya, kerajaan negeri juga turut berterima kasih dengan beberapa inisiatif yang dijangka dapat membantu meningkatkan semula sektor pelancongan termasuklah peruntukan penyelenggaraan kemudahan pelancongan sebanyak RM50 juta dan penyediaan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat dan Orang Asli.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata peruntukan sebanyak RM500 juta di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan membantu meningkatkan kesalinghubungan 430 sekolah meliputi seluruh negeri.

“Namun, diharapkan penumpuan akan diberikan bagi sekolah yang berada di kawasan luar bandar serta yang berada di kawasan yang mempunyai masalah serta kualiti liputan Internet dan jalur lebar selain memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di Negeri Sembilan,” katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sewaktu pembentangan Belanjawan 2021 semalam mengumumkan peruntukan sejumlah RM322.5 bilion, perbelanjaan terbesar dalam sejarah, merangkumi RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19, manakala RM2 bilion lagi diperuntukkan bagi simpanan luar jangka.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel