KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Insentif cukai khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) bagi syarikat memindahkan fasiliti pengeluaran ke Malaysia pada 2021 hingga 2022, wajar diperluas kepada pelabur sedia ada tertentu selain pelaburan domestik.
Pelabur terbabit adalah mereka yang telah mendapat kelulusan bagi tujuan pengembangan, pempelbagaian atau melaksanakan projek-projek baharu pada 2019, demikian menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) sebagai mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, FMM menyifatkan kumpulan berkenaan sebagai pelaburan kaptif yang boleh dimanfaatkan terus bagi merealisasikan sasaran lebih pantas, terutamanya dari segi kesan pengganda terhadap pembekal sedia ada seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Malah, ini turut membantu dari segi memastikan kejayaan projek yang dirancang.
“FMM turut menyambut baik usaha mewujudkan Pusat Perdagangan Global yang seiring dengan aliran semasa membabitkan pempelbagaian pasaran eksport dengan tumpuan utama bagi aktiviti pembuatan dengan nilai tambah. Kami berharap perinciannya termasuk syarat serta garis panduan berkaitan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.
Menyentuh kemudahan perdagangan, FMM turut berterima kasih kepada kerajaan kerana mengusahakan kemudahan Operator Ekonomi Diperakui Kebangsaan (AEO) yang diperluas bagi menghubungkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan agensi kerajaan lain untuk melancarkan perdagangan rentas sempadan.
Sementara itu, Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menyifatkan pelarasan Belanjawan 2021 dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 sebagai tindakan yang tepat pada masanya.
"Ini termasuk komitmen untuk mewujudkan Hab Kewangan Mampan dan meletakkan Malaysia sebagai hab gaya hidup mampan. Terbitan Bon Mampan untuk membiayai projek mesra alam dan sosial pada 2021 juga adalah sesuatu yang ditunggu," katanya.
Abdul Wahid berkata belanjawan bersifat pengembangan dan holistik berjumlah RM322.5 bilion itu juga bersesuaian dengan keutamaan semasa demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan daya tahan ekonomi.
-- BERNAMA
FMM, Abdul Wahid, PENJANA, FDI
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel