JOHOR BAHRU, 7 Nov -- Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangkan keperluan penyediaan sumber mencukupi dalam memerangi pandemik COVID-19 dan dalam masa yang sama memberi lonjakan kepada usaha pemulihan ekonomi.
Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) Mohd Yazid Ja’afar berkata usaha memastikan kelangsungan perniagaan dan kelestarian pelaburan dilihat akan menjadi tonggak bagi pemulihan ekonomi negara.
“JPDC mengalu-alukan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, semalam, sebagai inisiatif fiskal pemangkin pembangunan semula ekonomi Malaysia dalam tempoh menangani pandemik COVID-19.
“Kami percaya pakej galakan pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi, disokong oleh peruntukan penyediaan prasarana dan kemudahan kawasan perindustrian, boleh menarik minat pelabur-pelabur baharu meninjau peluang perniagaan di Malaysia serta membantu pelabur domestik dan luar negara yang sedia ada untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam era pemulihan ekonomi ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Yazid berkata rakyat Malaysia yang terjejas dalam kelesuan ekonomi akibat pandemik tersebut kini berpeluang untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kerja atau memperoleh kemahiran baharu, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi.
Malah, JPDC, katanya, yang diberi mandat membangunkan industri hiliran minyak dan gas di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) bersedia menyumbang idea dan tenaga untuk menjayakan inisiatif di bawah Belanjawan 2021.
“Sejak 2013, JPDC telah giat mengendalikan program peningkatan kemahiran tenaga kerja industri hiliran minyak dan gas untuk rakyat Malaysia, dengan kerjasama institusi-institusi latihan teknikal dan vokasional (TVET).
“Sehingga 31 Oktober lepas, lebih daripada 4,000 tenaga kerja Malaysia telah menjalani program latihan di bawah kendalian JPDC,” katanya.
Selain itu, Mohd Yazid berpandangan usaha merancakkan pembangunan kawasan perindustrian akan memberi kesan positif dalam memulihkan segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
Menurutnya, sepanjang projek pembangunan PIPC, beliau telah melihat kesan limpahan positif yang ketara kepada pertumbuhan perusahaan tempatan di Pengerang, termasuk perniagaan makanan dan minuman, kedai runcit serta pembekal perkhidmatan.
Dalam konteks pembangunan PIPC seluas 8,903 hektar itu, beliau berkata JPDC akan terus berusaha menarik calon pelabur baharu dalam aktiviti penyimpanan minyak dan produk sudah diproses, penapisan minyak, pemprosesan bahan petrokimia serta pembuatan produk berasaskan petrokimia untuk meninjau peluang memulakan operasi dalam Fasa Kedua pembangunan PIPC.
“Dalam Fasa Pertama pembangunan PIPC (2012-2019), dua projek oleh dua pelabur pemangkin telah mula beroperasi. DIALOG Group dan rakan-rakan niaganya telah membangunkan Pengerang Deepwater Terminals, pusat penyimpanan minyak berkapasiti 1.3 juta meter padu, lengkap dengan kemudahan dermaga laut dalam, dibangunkan atas tapak seluas 1,300 ekar (526 hektar) dan nilai pelaburan US$2.5 bilion.
“PETRONAS sedang dalam proses menyiapkan pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang di kawasan seluas kira-kira 6,200 ekar (2,510 hektar) merangkumi loji penapisan minyak, loji pemprosesan petrokimia dan pelbagai kemudahan sokongan dengan nilai pelaburan US27 bilion, termasuk usaha sama dengan Saudi Aramco dari Arab Saudi,” katanya.
Menurut Mohd Yazid, pelabur lain yang sedang membangunkan projek industri hiliran minyak dan gas di PIPC pula termasuklah Johor Corporation dan Kumpulan Serba Dinamik .
“Sehubungan itu, JPDC sedia menggembleng tenaga membantu kerajaan melaksanakan insiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk meneruskan pembangunan PIPC, sebagai penggerak pemulihan ekonomi Malaysia,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel