KOTA KINABALU, 7 Nov -- Peruntukan RM5.1 bilion untuk Sabah dalam Belanjawan 2021 bagi membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan adalah penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata usaha membina serta menaik taraf infrastruktur tersebut antara lain bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri yang seterusnya memberi limpahan ekonomi kepada rakyat.
"Sudah tentu ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Melalui peruntukan ini kita berharap pembangunan asas atau infrastruktur akan lebih dipertingkat dan dipercepatkan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' melibatkan peruntukan RM322.5 bilion.
Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata langkah menyambung semula projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan projek pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay juga akan membawa limpahan ekonomi untuk rakyat serta memberi keyakinan pelabur masuk ke Sabah.
Beliau berkata satu lagi peruntukan yang penting buat Sabah ialah RM725 juta bagi menaik taraf sekolah daif kerana di negeri ini masih banyak bangunan sekolah daif dan infrastrukturnya perlu dinaik taraf bagi menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif dan selesa buat generasi muda Sabah.
Katanya, dengan peruntukan RM16 bilion dan RM17 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, beliau berharap tahap keselamatan di negeri ini ditingkatkan khususnya dalam menangani pendatang tanpa izin dan penyeludupan barangan termasuk menutup ‘jalan tikus’.
“Jaminan keselamatan yang mapan akan memberi kepercayaan yang tinggi kepada pelabur-pelabur asing dan domestik untuk melabur di negeri ini.
“Harapan saya adalah belanjawan kali ini dapat menggerakkan pembangunan di kawasan luar bandar dan dapat merangsang pertumbuhan industri-industri Sabah termasuk sektor pelancongan yang terjejas akibat COVID-19,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel