BERITA

Belanjawan 2021 tunjuk keprihatinan kerajaan bantu kurang kos sara hidup - Nanta



PUTRAJAYA, 7 Nov -- Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat apabila masih mengekalkan beberapa program subsidi utama yang mendukung daya tahan ekonomi negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata antaranya Program Penstabilan Harga Minyak Masak dengan peruntukan RM400 juta serta Program Pengedaran Barang Perlu, gas petroleum cecair dan 'community drumming' yang meningkat sebanyak RM50 juta berbanding Belanjawan 2020 kepada RM200 juta.

Turut dikekalkan ialah Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan dengan peruntukan meningkat RM20 juta kepada RM40 juta, Subsidi Tepung Gandung Kegunaan Am (RM40 juta) dan Program Beli Barangan Buatan Malaysia (RM20 juta).

"Beberapa inisiatif yang bersifat 'people-centric’ turut diluluskan kerajaan di bawah Belanjawan 2021 yang diyakini berupaya membantu rakyat mengharungi cabaran ekonomi semasa sehingga keadaan pulih sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nanta berkata Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik turut diperkenalkan dengan peruntukan RM5 juta, selain Program Pembangunan Usahawan/ Pembangunan Francais yang dinaikkan sebanyak RM1.3 juta berbanding Belanjawan 2020 kepada RM3.8 juta.

"Kesemua inisiatif itu jelas memperlihatkan elemen keterangkuman dan sifat inklusif kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam membantu rantaian ekonomi domestik di semua peringkat yang berupaya membawa impak positif kepada golongan pengguna," katanya.

Nanta berkata KPDNHEP juga akan bekerjasama rapat dengan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam membantu usahawan di bawah seliaan mereka, melalui  keterlibatan secara langsung KPDNHEP dalam sektor peruncitan dan pengedaran.

Mengenai keseluruhan peruntukan untuk KPDNHEP, terdapat kenaikan peruntukan mengurus sebanyak 6.33 peratus daripada RM1.019 bilion dalam Belanjawan 2020 kepada  RM1.084 bilion untuk Belanjawan 2021.

Bagaimanapun, katanya peruntukan pembangunan memperlihatkan sedikit penurunan iaitu 15.03 peratus daripada RM78.4 juta kepada RM66.6 juta berikutan beberapa projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sudah siap dilaksanakan.

"Keseluruhannya, KPDNHEP berpuas hati dengan peruntukan dana disalurkan dan memahami kerajaan sentiasa berusaha memberi dan melaksanakan yang terbaik dalam mengharungi fasa mencabar pada ketika ini," kata Nanta.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel