BERITA

Belanjawan 2021 sediakan insentif mencukupi untuk PKS bergerak ke arah e-dagang



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Belanjawan 2021 menyediakan inisiatif dan insentif yang mencukupi untuk menyokong migrasi perniagaan -- terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke e-dagang.

Halal Street UK (HST), gedung dalam talian terbesar untuk produk Malaysia di United Kingdom, memuji kerajaan Malaysia atas pembentangan belanjawan yang mendahului rakyat untuk menangani masalah dan cabaran dalam semua sektor masyarakat dan pada masa mengurangkan impak ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

“Langkah kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi mempercepatkan penerimaan pakai digitalisasi di bawah skim transformasi digital dan dana tambahan sebanyak RM150 juta yang akan disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan Geran Automasi amat dialu-alukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh berpendapat belanjawan negara itu sejajar dengan matlamatnya untuk melayani komuniti menerusi akses digital.

“Kami percaya setiap orang di Malaysia mempunyai peranan masing-masing untuk menyokong satu sama lain, tidak kira apa juga latar belakang, sekutu ataupun industri mereka.

"Jadi di Grab, kami berharap akan dapat terus memainkan peranan untuk menyokong usaha kerajaan menangani pandemik yang telah menjejaskan kehidupan dan mata pencarian kita,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pengurus negara Sophos Malaysia Wong Joon Hoong berkata ketika banyak syarikat  bergelut mempertahankan perniagaan masing-masing, terdapat juga ancaman serangan siber yang pada masa ini sedang meningkat tatkala negara menelusuri kehidupan dalam normal baharu ini.

Untuk ini, beliau berkata kerajaan telah menegaskan keselamatan siber negara akan terus diberi keutamaan dalam agenda pertahanan dan keselamatan negara dengan memperuntukkan RM27 juta kepada CyberSecurity Malaysia bagi mengukuhkan keselamatan siber dalam negara.

"Fokus utama Belanjawan 2021 ialah pembangunan rancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang akan membolehkan peruntukan liputan perkhidmatan jalur lebar yang komprehensif dan dipertingkatkan di seluruh Malaysia.

“Ia adalah langkah yang strategik dan penting untuk transformasi digital negara kerana infrastruktur kesalinghubungan membantu membina asas untuk teknologi pesat yang lain -- termasuk pengkomputeran awan, teknologi yang amat diperlukan untuk tenaga kerja fleksibel yang baharu.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel