BERITA

Belanjawan 2021 teruskan sokongan pelihara kehidupan dan mata pencarian -- Bank Dunia



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Belanjawan 2021 mengenal pasti keperluan untuk terus menyokong kehidupan dan mata pencarian semasa tempoh ketika rakyat Malaysia terutamanya kumpulan isi rumah B40 berada dalam situasi sukar disebabkan oleh pandemik COVID-19.  

Ketua Ahli Ekonomi World Bank Group Richard Record berkata belanjawan itu memberi penekanan kepada inklusif dengan langkah-langkah seterusnya mengekalkan sokongan perlindungan sosial untuk menyokong golongan mudah terjejas termasuk pengembangan pelbagai program pindahan tunai sedia ada dan baharu yang memberi manfaat seperti  ‘Bantuan Prihatin Rakyat’.

Menurutnya, usaha untuk merapatkan jurang digital termasuk menerusi subsidi jalur lebar serta peruntukan kepada Pelan Infrastruktur Digital Negara juga merupakan langkah-langkah di hala tuju yang betul.  

“Seperti kerajaan lain di seluruh dunia, Belanjawan 2021 Malaysia berusaha untuk mendapatkan keseimbangan antara menyediakan sokongan kepada kehidupan dan mata pencarian hari ini dengan melabur dalam pertumbuhan dan pemulihan ekonomi hari esok,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai pekerjaan Record berkata beberapa langkah baharu diperkenalkan bagi meningkatkan semula kemahiran dan kemahiran semula dan pengambilan semula pekerja, dengan penekanan kepada kelompok tertentu pekerja, termasuk belia, penganggur, golongan kurang upaya dan mereka yang hilang pekerjaan semasa krisis tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tindak balas fiskal yang perlu bagi menangani krisis yang masih berpanjangan ini ditambah dengan penurunan hasil kerajaan akan memberi cabaran kepada prospek fiskal jangka sederhana. 

“Seperti kerajaan lain di seluruh dunia, Malaysia telah menghabiskan banyak ruang fiskal yang ada dan akan keluar daripada krisis ini dengan beban hutang dan liabiliti luar jangka yang lebih besar. 

“Ini menyebabkan kekangan kepada kerajaan untuk mengembangkan lagi perbelanjaan bagi rangsangan yang menyokong penggunaan dalam tempoh terdekat ini, yang mungkin menjadikan kerajaan kurang berkemampuan untuk melabur dalam pemulihan dan pertumbuhan berpanjangan,” katanya. 

Justeru, beliau memuji pengumuman beberapa inisiatif pembaharuan fiskal jangka sederhana termasuk pembangunan Strategi Hasil Jangka Sederhana untuk menangani legasi fiskal krisis dan meningkatkan kapasiti hasil kerajaan bagi membiayai agenda pertumbuhan inklusif dan mampan jangka panjang Malaysia. 

Record menjelaskan ekonomi negara terus didasarkan pada asas yang kukuh dan Malaysia mempunyai sumber yang perlu dan kelebihan kompetitif untuk bangkit dengan lebih kukuh daripada krisis itu. 

Oleh itu, katanya, Belanjawan 2021 akan menjadi peristiwa penting dalam usaha negara untuk pulih daripada COVID-19, manakala laluan kepada pemulihan ekonomi bergantung kepada risiko pertumbuhan rendah yang masih berterusan.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel