BERITA

Belanjawan 2021 saksama dalam proses pemulihan ekonomi - MBM



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Majlis Belia Malaysia (MBM) melihat Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam tidak mengetepikan permintaan belia khususnya tentang peluang pekerjaan dan latihan serta skim perlindungan sosial.

Presidennya Jufitri Joha berkata MBM turut menyambut baik inisiatif kerajaan untuk orang kurang upaya (OKU), termasuk insentif tambahan 20 peratus kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan untuk golongan itu.

“Tambahan ini menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus. Ini sudah tentu menjadi berita baik kepada Majlis Belia OKU (MBOKU) di bawah MBM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya inisiatif baharu Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang diperkenalkan dalam belanjawan kali ini juga dilihat mampu mengurangkan kadar pengangguran yang semakin meningkat kesan daripada COVID-19 serta inisiatif MySTEP dengan peruntukan lebih RM700 juta akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan.

Sementara itu, Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi Asia Pasifik Khaireel Azlee Abdul Aziz menyarankan golongan belia merebut peluang dalam ekonomi digital kerana sektor tersebut mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan.

"Untuk menceburi bidang ekonomi digital, ilmunya bukan terhad kepada kelas di universiti atau kolej sahaja, banyak syarikat-syarikat hari ini menawarkan kelas percuma sekiranya mereka menyertai program pemesan hantar (dropship) atau ejen pada kadar kos yang sangat minimum,” katanya kepada Bernama, sambil menambah bahawa bidang jualan secara dalam talian adalah sangat mudah.

Menurutnya situasi semasa yang menyaksikan orang ramai tidak keluar rumah adalah peluang untuk golongan belia  menceburi dunia jualan digital bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga dengan menggunakan kemahiran digital mereka.

Belanjawan 2021 yang menambah RM700 juta lagi kepada peruntukan bagi menjaga kebajikan OKU menjadikan RM2.2 bilion berbanding belanjawan sebelum ini, merupakan berita baik bagi golongan itu yang bertambah terkesan susulan penularan COVID-19.

Di KANGAR,  seorang pekerja OKU di sebuah hotel di sini, Muhammad Alif Malek, 26, ketika ditemui Bernama menzahirkan kesyukuran dan merasa lega atas kenaikan elaun daripada RM400 kepada RM450 sebulan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 untuk OKU bekerja.

“Ketika ini, negara sedang dilanda wabak COVID-19, pendapatan juga tidak menentu serta sedikit terjejas  jadi kenaikan yang diberikan ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga,” kata bapa kepada seorang anak berusia tiga tahun itu.

Turut berkongsi kegembiraan, seorang suri rumah, Mariam Ahmad, 33 berkata kenaikan bantuan elaun OKU tidak bekerja sedikit-sebanyak membantu meringankan beban suaminya yang hanya mengambil upah sebagai pembantu kedai. 

“Pendapatan suami saya yang merupakan OKU tidak cukup buat kami sekeluarga memandangkan saya tidak dapat berkerja kerana perlu menjaga tiga orang anak dan ibu yang sedang sakit,” katanya.

Katanya walaupun kenaikan elaun OKU hanya RM50, jumlah itu cukup besar untuk mereka sekeluarga. 

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel