KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Saranan ke atas institusi kewangan terutamanya bank-bank agar memberikan perhatian dan bantuan, fokus kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan melanjutkan bantuan pinjaman amat perlu dan tepat, kata Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd Tahir said.
Setakat ini, AmBank telah meluluskan hampir 100 peratus permohonan bantuan pembayaran semula untuk pinjaman dan kemudahan berjumlah lebih daripada RM11 bilion untuk individu dan pelanggan perusahaan kecil dan sederhana, katanya ketika mengulas mengenai saranan bantuan bersasar yang terkandung di dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam.
Beliau menambah kelonggaran untuk mengeluarkan RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membolehkan mereka yang berhadapan masa getir mendapat akses ke dana berkenaan.
“Paling penting, sudah jelas ini adalah hanya untuk mereka yang sudah kehilangan pekerjaan kerana kita perlu imbangi keperluan semasa yang mendesak dengan kestabilan kewangan di masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kerajaan telah memperuntukkan RM1 bilion sebagai insentif bagi teknologi dan pelaburan tambah nilai yang tinggi serta RM500 juta Kemudahan Teknologi TInggi daripada Bank Negara Malaysia. Ini dilihat amat penting kerana ia membolehkan perniagaan tempatan menjadi lebih berdaya saing dalam persada global dan pada masa sama menyumbang kepada rantaian nilai secara keseluruhan.
“Kami gembira melihat pelaksanaan projek yang mampu menjana kesan pengganda yang positif dan kukuh kepada ekonomi negara.
“Ini termasuk peruntukan kerajaan sebanyak RM2.5 bilion kepada kontraktor untuk kerja penyelenggaraan, RM2.7 bilion untuk kerja infrastruktur luar bandar serta RM15 bilion untuk projek pengangkutan termasuk Lebuhraya Pan Borneo dan fasa satu Projek Landasan Berkembar Lembah Klang.
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi sudah pastinya akan merancakkan kawasan pertumbuhan baharu ekonomi.
“Kami percaya langkah-langkah ini mampu meningkatkan keyakinan pengguna dan perniagaan dan pada masa sama mengurangkan isu aliran tunai," tambah beliau.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel