KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Pengumuman Baucar Perlindungan Tenang sebanyak RM50 kepada kumpulan isi rumah B40 dan pengecualian duti setem bagi pembelian produk Perlindungan Tenang untuk tempoh lima tahun lagi hingga ke tahun 2025 akan memberi manfaat kepada kira-kira 12.8 juta isi rumah B40 di negara ini.
Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Loh Guat Lan berkata insentif itu pada dasarnya akan membantu memenuhi aspirasi negara memastikan 75 peratus penduduk dilindungi insurans dan menyempurnakan agenda inklusi kewangan industri tersebut.
“Insentif ini memberi galakan besar kepada kumpulan B40 kerana produk Perlindungan Tenang dibangunkan khusus bagi memberi insentif kepada belia, keluarga muda dan segmen isi rumah B40 untuk membeli insurans hayat.
“Sudah sampai masanya bagi isi rumah B40 menerima baucar RM50 Perlindungan Tenang sebagai satu bentuk perlindungan semasa tempoh tidak menentu ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Produk itu juga disasarkan kepada rakyat Malaysia yang belum mempunyai sebarang bentuk perlindungan insurans atau takaful, katanya, sambil menambah prinsip panduan bagi produk ini adalah ia mampu milik, mudah diakses dengan proses tuntutan mudah.
“Sokongan kerajaan adalah penting bagi memperkasa kumpulan B40 untuk mengambil langkah pertama memperkenalkan perancangan kewangan dalam keluarga mereka,” kata Loh.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel