BERITA

Belanjawan 2021 penting tangani cabaran ekonomi, keperluan sosial

Datuk Suhaili Abdul Rahman

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 7 Nov  -- Belanjawan 2021 telah menerima pelbagai maklum balas dan reaksi atas tekadnya yang kuat dalam menangani cabaran ekonomi dan seterusnya merangsangkan ekonomi negara, kata ahli lembaga Mara Corp Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Justeru, beliau berkata belanjawan negara itu merupakan instrumen penting menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memenuhi keperluan ekonomi, sosial dan objektif masyarakat dan rakyat.

"Kerajaan semakin prihatin mengenai pentingnya kepelbagaian dalam institusi awam bagi memastikan keperluan, aspirasi dan pengalaman pelbagai peringkat rakyat dicerminkan dalam proses menggubal keputusan yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam belanjawan berkenaan.

“Belanjawan itu amat inklusif dan pertumbuhan inklusif amat penting bukan sahaja untuk masyarakat tetapi juga untuk ekonomi yang kukuh.

“Jurang pendapatan antara kaya dan miskin semakin meluas, dan ketidaksamaan ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan merenggangkan hubungan antara kerajaan dan rakyat … dan ini telah ditangani oleh kerajaan menerusi belanjawan ini," kata beliau kepada Bernama.

Suhaili yang juga ahli majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata belanjawan itu turut memenuhi semua segmen masyarakat kerana matlamatnya untuk menjaga kebajikan rakyat, mengemudi ekonomi, mempromosikan kehidupan lestari dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

“Kerajaan, menerusi belanjawan ini, mencari cara baharu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta berkongsi manfaat pertumbuhan secara adil dan saksama dalam semua kelompok masyarakat.

“Dalam menangani cabaran pertumbuhan inklusif, sektor awam mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam lingkungan sektor awam itu sendiri, semua dibuat secara inklusif daripada penggubalan dasar sehinggalah kepada hasil  atau keputusan yang ingin ditingkatkan oleh kerajaan,” kata Suhaili.

Di bawah Belanjawan 2021, kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai dengan cara yang lebih bersasar dengan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dengan kadar kategori bantuan dan pendapatan yang lebih tinggi.

Suhaili berkata usaha kerajaan dalam mengimbangi tanggungjawab melindungi kehidupan dan sumber mata pencarian dengan memperkuatkan ekonomi boleh dilihat menerusi pelan pemulihan ekonomi pendekatan 6R iaitu - Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise dan Reform.

Sementara itu, beliau berkata usaha kerajaan menyokong agenda pembangunan Bumiputera untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan sejumlah peruntukan RM11.1 bilion, penambahan RM3.1 bilion berbanding setahun yang lepas, satu usaha yang dipuji bagi membantu usahawan Bumiputera melebarkan skop perniagaan masing-masing.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel