KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar untuk peminjam institusi kewangan yang sedang dilaksanakan sekarang, telah dipertingkatkan dan tersedia untuk kategori B40, yang kedudukan kewangan mereka telah terjejas oleh COVID-19, kata Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM).
Dalam satu kenyataan hari ini, persatuan itu berkata peminjam B40 terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan perusahaan mikro dengan pinjaman yang mana jumlah kemudahan asal berjumlah sehingga RM150,000.
Ia berkata di bawah bantuan pembayaran balik bersasar dipertingkatkan, peminjam yang layak mempunyai dua pilihan -- penangguhan pembayaran ansuran tiga bulan atau pengurangan pembayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
ABM berkata hanya pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Okt, 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari daripada tarikh permohonan peminjam, layak untuk bantuan berkenaan.
Bagi pasangan suami isteri yang layak untuk BSH/BPR berdasarkan kepada pendapatan isi rumah, kedua-dua mereka layak untuk pakej ini sekiranya mereka mempunyai pinjaman bank.
“Bagi mereka yang memilih untuk keluar daripada moratorium yang diumumkan pada Mac 2020 juga layak untuk bantuan pembayaran semula bersasar ini." katanya.
ABM berkata penambahbaikan kepada bantuan pembayaran bersasar ini akan berkuat kuasa mulai 1 Dis, 2020 - 30 Jun, 2021, sambil menambah industri perbankan akan menyediakan maklumat terkini selanjutnya pada minggu hadapan.
“Peminjam boleh mengemukakan permintaan dan pengesahan bantuan pembayaran balik yang diperlukan kepada bank masing-masing menerusi saluran yang disedikan oleh bank, mulai 23 Nov, 2020 sehingga 30 Jun, 2021," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel