BERITA

Belanjawan 2021 garis keperluan tingkatkan ekonomi, peluang pekerjaan - NCIA



GEORGE TOWN, 7 Nov -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memuji usaha kerajaan menerusi Belanjawan 2021 yang memberi keutamaan terhadap kesejahteraan rakyat selain penekanan bagi memulihkan ekonomi negara.

Belanjawan tersebut juga telah menggariskan keperluan sewajarnya bagi merancakkan ekonomi negara ke arah pertumbuhan mampan selain mewujudkan pekerjaan dan peluang keusahawanan menerusi program peningkatan kemahiran untuk rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

NCIA juga berkata menjelang 2021, lebih 36,000 peserta akan mendapat manfaat menerusi Program Modal Insan (HCP) kendaliannya.

“Kami melihat insentif khas RM1 bilion bagi industri teknologi dengan nilai tambah tinggi seperti penyelidikan dan pembangunan dalam industri aeroangkasa serta kluster elektronik di Batu Kawan dan Taman Perindustrian Kulim sebagai langkah tepat untuk memastikan kelangsungan perniagaan. Pada masa sama, ia turut mempertingkat ekosistem elektrikal dan elektronik (E&E) di rantau ini.

“Ini sejajar dengan matlamat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) untuk menjadi hab teknologi serantau dan berkelas dunia selain memperkukuh Inisiatif Kampus Tunggal antara Pulau Pinang, Kulim dan Ipoh sebagai ekosistem teknologi holistik,” kata Ketua Eksekutif NCIA Datuk Seri Jebasingam Issace John.

NCIA turut menyambut baik Dana Teknologi Tinggi bernilai RM500 juta selain memperkenalkan lebih banyak sokongan percukaian bagi menggalakkan lebih banyak syarikat berteraskan teknologi tinggi dan inovatif.

Insentif sedemikian akan membolehkan Malaysia dan wilayah utama untuk kekal berdaya saing serta mengekalkan ekosistem rantaian bekalan dan penyelidikan.

“Peruntukan khas sebanyak RM780 juta untuk lima koridor wilayah ekonomi bagi pembangunan projek strategik ekonomi juga memaparkan komitmen Kerajaan Persekutuan meneruskan agenda pembangunan wilayah dan mengurangkan ketidakseimbangannya.

 “Pada akhirnya, zon pembangunan khas NCER di Yan serta Baling dapat menjadi pemangkin pembangunan di kawasan kurang maju untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel