KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Pertambahan peruntukan yang diterima oleh Kementerian Pertahanan sebanyak RM16 bilion dalam Belanjawan 2021, peningkatan 1.8 peratus berbanding belanjawan sebelumnya, menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap keutamaan pertahanan negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan persekitaran keselamatan tidak menentu dan ancaman keselamatan bukan tradisional menjadi dua faktor yang memerlukan tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tinggi.
Beliau berkata kenaikan yang ketara adalah peruntukan belanja pembangunan (DE) yang diterima iaitu sebanyak RM4.50 bilion, menyaksikan peningkatan sebanyak RM1.42 bilion atau 46.1 peratus.
“Peruntukan bagi belanja mengurus (OE) adalah sebanyak RM11.35 bilion, mengalami penurunan sebanyak RM1.14 bilion atau 9.1 peratus.
“Pengurangan ini adalah disebabkan oleh peningkatan peruntukan yang besar di bawah DE bagi senggaraan dan naik taraf aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia untuk memastikan kesiagaan sentiasa pada tahap tertinggi,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ dengan peruntukan RM322.5 bilion, yang tertinggi pernah direkodkan.
Beliau berkata bagi belanjawan kali ini, kementerian akan menumpukan kepada dua fokus utama iaitu peningkatan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan serta kebajikan warga ATM dan Veteran.
“Daripada jumlah peruntukan yang diterima, antara perkara yang akan dilakukan termasuk perolehan aset baharu melibatkan peruntukan RM1.6 bilion, penyelengaraan aset utama (RM2.3 bilion) dan pembinaan hampir 1,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) (RM500 juta).
“Selain itu, sebanyak RM105.3 juta akan diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi menjaga kebajikan Veteran ATM, program peningkatan kemahiran dan latihan semula oleh PERHEBAT untuk bakal Veteran (RM30 juta) serta bantuan khas kewangan RM300 untuk Veteran berpencen dan tidak berpencen,” katanya.
Pada masa sama, Belanjawan 2021 mengambil kira peranan ATM dalam menangani pandemik COVID-19 dan Ops Benteng yang melibatkan gerak kerja bersepadu agensi keselamatan dalam mengawal sempadan negara.
Beliau berkata selain itu, kementerian turut diberikan sebahagian daripada RM27 juta yang diperuntukkan kerajaan kepada Cyber Security bagi meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel