BERITA

Bon kelestarian akan jadikan Malaysia hab gaya hidup mampan serantau - CEO

Plus Solar co-founder and chief executive officer Ko Chuan Zhen

KUALA LUMPUR, 7 Nov  -- Bon Kelestarian pertama Malaysia untuk inisiatif alam sekitar dan sosial yang akan diterbitkan oleh kerajaan akan menjadikan Malaysia hab serantau bagi gaya hidup mampan, kata ketua syarikat penyelesaian solar fotovoltaik (PV).

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Plus Solar Ko Chuan Zhen berkata memandangkan bon-bon lestari adalah pinjaman yang digunakan untuk membiayai projek yang membawa faedah kepada alam sekitar dan sosioekonomi, syarikat itu amat teruja melihat kerajaan mengambil langkah yang berani ini.

"Sebagai penyelesai tenaga solar sendiri, kami gembira melihat daripada jumlah bon lestari yang diterbitkan di ASEAN setakat ini, 47 peratus atau RM2.89 bilion berkaitan dengan projek loji kuasa solar,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Ko juga berkata peruntukan RM2 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) ialah satu inisiatif yang hebat terutamanya untuk syarikat yang bercadang untuk melabur dalam teknologi hijau.

Beliau berkata Plus Solar beroperasi dalam lingkungan domain industri tenaga bersih dengan penyelesaian solar PV hujung ke hujung.

"Sektor komersial dan perindustrian berpeluang mendapat manfaat daripada GTFS dengan satu kriteria utama ialah menjadi entiti Malaysia yang sah (sekurang-kurangnya 51 peratus) dan menggunakan teknologi hijau.

"Memandangkan bangunan komersil dan perindustrian mendapat penjimatan paling banyak dari segi bil tenaga, Skim Transformasi Digital Perindustrian bernilai RM1 bilion berpotensi membantu perniagaan ini menggunakan teknologi Internet yang boleh menjadikan penggunaan tenaga lebih bijak," katanya.

- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel