KUANTAN, 7 Nov -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata Belanjawan 2021 telah mengiktiraf jaringan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga negara, selepas air dan elektrik.
Beliau berkata belanjawan kali ini juga mampu menjadi katalis kepada kesalinghubungan Internet, ekonomi digital dan ekonomi kreatif.
"Pengiktirafan ini diharap membantu mempercepatkan kelulusan dan pembinaan aset seperti menara telekomunikasi dalam melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) selain membolehkan kita mendapat titik terbaik untuk liputan kerana lokasinya dimasukkan dalam kebenaran merancang (KM) yang perlu disediakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Perkara ini bakal dibincangkan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada mesyuarat bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan hadapan," katanya selepas menghadiri Majlis Minum Petang Deepavali 2020 anjuran persatuan Malaysia Hindu Sangam Kuantan di sini hari ini.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata berdasarkan pertemuan dengan Menteri Besar dari Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah serta wakil Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini, mereka memberikan isyarat setuju untuk mengurangkan aspek birokrasi dalam aspek Internet.
Perbincangan dengan kerajaan negeri turut diperlukan bagi mengenal pasti 25 kawasan perindustrian yang akan menerima manfaat peruntukan bagi aspek kesalinghubungan Internet di bawah pelan JENDELA berjumlah RM42 juta.
Selain itu, Saifuddin berkata peruntukan RM15 juta kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) yang mungkin disifatkan agak sedikit oleh sesetengah pihak, adalah tidak tepat kerana industri kreatif sebelum ini telah menerima peruntukan sebanyak RM225 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) selain kementerian masih mempunyai baki dana kandungan digital.
Katanya kerajaan juga tidak berkrompromi dalam isu kawalan keselamatan siber negara dalam usaha pendigitalan dan memperluaskan rangkaian telekomunikasi dengan peruntukan RM27 juta kepada CyberSecurity Malaysia.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel