KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Peruntukan RM4.79 bilion bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kepentingan sektor agromakanan kepada ekonomi negara.
Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peruntukan itu termasuk perbelanjaan mengurus RM3.28 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM1.51 bilion.
“Di bawah perbelanjaan mengurus, MAFI telah menerima RM1.72 bilion bagi pemberian subsidi, insentif dan bantuan untuk petani dan nelayan pada tahun 2021.
“Insentif dan bantuan yang akan diberikan juga antara lain untuk meningkatkan daya saing pengeluaran padi dan beras menerusi peningkatan produktiviti, kualiti dan kecekapan, selain meringankan beban mereka khususnya dalam keadaan ekonomi yang mencabar masa ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kiandee berkata jumlah subsidi dan insentif yang diterima telah meningkat sebanyak RM50 juta berbanding tahun sebelumnya, dengan subsidi baja padi bukit telah diperkenalkan semula dengan peruntukan sebanyak RM40 juta.
Katanya, keseluruhan subsidi dan insentif yang diterima bagi sektor padi akan memanfaatkan 300,000 pesawah di seluruh negara.
“Manakala, Elaun Sara Hidup Nelayan menerima pertambahan peruntukan sebanyak RM30 juta, dengan peningkatan elaun daripada RM250 kepada RM300 sebulan, bagi setiap nelayan.
“Pertambahan ini akan memanfaatkan 40,000 nelayan, di mana kerajaan telah mengembalikan elaun yang sebelum ini telah dipotong, supaya dapat meringankan beban yang ditanggung para nelayan yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya.
Selain itu beliau berkata, MAFI juga telah menerima peruntukan sebanyak RM410 juta bagi pelaksanaan beberapa inisiatif utama, yang merangkumi Program Kebun Komuniti atau Kebuniti.
“Manakala Skim Pembiayaan Mikrokredit di bawah Agrobank yang akan memberikan lebih banyak peluang kepada PKS, gologan wanita dan orang muda, yang ingin menceburi bidang agromakanan sebagai modal permulaan, manakala bagi pengusaha sedia ada boleh menggunakannya untuk memulakan semula perniagaan, bagi menggantikan modal perniagaan yang terjejas sepanjang tempoh ini,” katanya.
Dalam perkembangan yang lain, Timbalan Menteri I Datuk Seri Ahmad Hamzah ketika merasmikan program pelepasan 25,000 benih udang ke Perairan Umum di Sungai Rambai, Melaka hari ini berkata, sektor pertanian menyumbang 7.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 dan diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada tahun depan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel