BERITA

Belanjawan 2021 dorong perniagaan kekal bertahan - PwC



KUALA LUMPUR, 7 Nov  -- Walaupun Belanjawan 2021 yang terbesar dalam sejarah dengan kutipan cukai tertekan akibat kelembapan ekonomi, kerajaan sebaliknya bertindak mengetepikan desakan supaya undang-undang percukaian dipinda.

Sebaliknya, belanjawan itu seakan ‘mencabar’ perniagaan untuk terus tabah dan kekal bertahan, kata Ketua Percukaian Malaysia PricewaterhouseCoopers (PwC), Jagdev Singh.

“Mungkin elok juga untuk (kerajaan) tidak mengubah terlalu banyak perkara lebih-lebih lagi ketika masa yang amat sukar dan tidak menentu seperti sekarang,” katanya.

Malah, beliau turut menyifatkan Belanjawan 2021 sebagai yang paling sukar untuk dirangka.

Menurutnya, pandemik COVID-19 telah mengubah landskap ekonomi secara ketara dengan memberi kesan besar terhadap perniagaan serta rakyat.

Oleh itu, belanjawan tersebut dirangka untuk menangani keperluan segera bagi meringankan kesukaran dihadapi golongan B40 dan M40 dan pada masa sama memastikan perniagaan dapat bertahan pada masa sukar.

Jagdev berkata, belanjawan tersebut memberi insentif cukai bagi menggalakkan perniagaan pembuatan memindahkan operasi ke Malaysia termasuk kadar cukai konsesi sebanyak 0-10 peratus selama 10 tahun untuk perniagaan terpilih dalam sektor perkhidmatan dengan kesan pengganda ketara ke atas ekonomi Malaysia.

Menurutnya, sektor berkaitan Revolusi Perindustrian 4.0, pendigitalan dan pembuatan kekal menjadi teras keseluruhan ekosistem perniagaan.

Atas alasan  itu, adalah tepat pada masanya untuk kerajaan memperkenalklan pakej insentif yang berbeza atau bersifat pengubah keadaan, kata beliau.

-- BERNAMA

 

 

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel