BERITA

Pelanggan ada dua pilihan bagi bantuan pembayaran bersasar - AIBIM



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Para peminjam daripada kategori B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta perusahaan mikro mempunyai dua pilihan berkaitan bantuan pembayaran bersasar.

Menurut Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dua pilihan itu adalah menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Mengenai kos perjanjian baharu, pendekatannya adalah berbeza antara bank. Kami menggalakkan pelanggan menghubungi bank mereka untuk maklumat lebih lanjut,” katanya kepada Bernama.

Persatuan itu menjelaskan bantuan itu akan disediakan bagi pembiayaan kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Okt, 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan bantuan dibuat.

Menurutnya, penambahbaikan bantuan pembayaran bersasar turut diberikan kepada pelanggan daripada kumpulan M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Mereka hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri mengenauii pengurangan pendapatan mereka dan/atau isi rumah mereka akibat pandemik COVID-19 untuk mendapatkan bantuan pengurangan ansuran bulanan, katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, bagi pembiayaan berkadar tetap, pelanggan institusi perbankan Islam masih perlu menandatangani kontrak baharu menurut keperluan syariah.

Menurut AIBIM, bank-bank ahli AIBIM bersedia dan memberi sepenuh keyakinan kepada para pelanggan bahawa bantuan adalah tersedia dengan proses yang mudah untuk para pelanggan yang terkesan.

Para pelanggan institusi perbankan Islam boleh menghubungi pihak bank masing-masing untuk membuat permohonan bantuan pembayaran bersasar bermula 23 Nov, 2020 sehingga 30 Jun, 2021. 

AIBIM juga menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rangkaian COVID-19 selain memastikan semua komunikasi dan transaksi perbankan adalah dari dan melalui sumber yang sahih. 

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel