Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) telah memohon pengagihan segera peruntukan sebanyak RM3.7 bilion dalam Belanjawan 2021 selepas mendapat kelulusan untuk Skim Pembangunan Maritim dan Logistik bagi menghidup dan mencergaskan kembali industri perkapalan.
Ia menyifatkan peruntukan untuk skim berkenaan bersama-sama Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan serta Dana Pengangkutan Awam adalah jawapan kepada senarai harapan Belanjawan 2021 MASA.
Namun, pengerusi MASA Datuk Abdul Hak Md Amin mengakui keperluan setiap industri perlu terus dikaji terutamanya mengenai pembahagian peruntukan.
“Diharapkan sebahagian besarnya akan disalurkan kepada maritim dan akhirnya kepada syarikat perkapalan dan limbungan kapal,” kata beliau kepada Bernama.
Beliau berkata kerajaan perlu memberikan penjelasan mengenai pengagihan peruntukan kerana ia sememangnya telah lama dinantikan oleh industri.
"Sebelum ini, terdapat peruntukan untuk industri maritim tetapi setakat ini, kami tidak nampak ia digunakan oleh industri … banyak sangat syarat yang tidak jelas,” tambah beliau.
Pada 17 Sept 2019, kerajaan telah melancarkan kembali Dana Maritim (MF 2.0) bernilai RM1.5 bilion menerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd, bertujuan memodenkan sektor maritim negara.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam akan dilanjutkan sehingga 31 Dis, 2023.
Selain daripada itu, menteri itu berkata RM500 juta daripada skim-skim ini diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor-sektor utama.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel