BERITA

Program pada 2021 beri impak kepada usahawan, anak syarikat dalam industri stategik - Mara



KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Program yang dirancang Majlis Amanah Rakyat (Mara) tahun hadapan akan memberi impak kepada komuniti usahawan, pelajar di Institusi Pendidikan Mara selain penglibatan anak syarikat Mara dalam pelbagai industri strategik, kata Pengerusi Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata antara industri itu adalah aeroangkasa, perhidmatan kewangan, pengangkutan dan hartanah, yang akan bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan menerusi skim JanaKerja.

“Melalui peruntukan keseluruhan kepada Mara di bawah belanja pengurusan dan pembangunan (menerusi Belanjawan 2021), pelbagai program dan inisiatif keusahawanan serta pendidikan akan dilaksanakan yang turut didokong oleh program pelaburan Mara supaya pelaksanaannya lebih holistik dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelbagai bentuk sokongan kepada usahawan terutama perusahaan kecil dan sederhana amat diperlukan untuk mereka terus berdaya maju dalam situasi pandemik COVID-19.

Kerajaan juga mengiktiraf sumbangan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan pembangunan ekonomi negara apabila mengumumkan RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas melalui beberapa agensi termasuk Mara, katanya.

Azizah berkata Mara juga menghargai komitmen kerajaan memperuntukkan RM50 juta sebagai akses pembiayaan kepada usahawan kontraktor di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).

“Melalui peruntukan ini, Mara akan dapat memperluaskan lagi bantuan memudahkan aliran tunai untuk kontraktor bumiputera yang mendapat kontrak kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata dirinya akan memastikan melalui Mara, penumpuan sama rata turut diberikan untuk membangunkan bumiputera di Sabah dan Sarawak supaya pembangunan dari aspek keusahawanan dan pendidikan dapat ditingkatkan.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel