KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Penubuhan Majlis Pekerjaan Negara akan memfokuskan kepada usaha untuk mewujudkan hampir 500,000 peluang pekerjaan baharu selain menangani isu pengangguran dalam kalangan rakyat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, majlis itu akan turut melibatkan sektor swasta dan golongan mahir bagi membantu kerajaan selain memberikan pandangan tentang langkah yang diperlukan bagi mencapai hasrat menyediakan pekerjaan kepada rakyat.
“Antara yang menjadi perhatian atau kebimbangan rakyat ketika ini adalah isu pekerjaan sama ada mereka kekal terus dengan pekerjaan, diberhentikan atau tiada kerja.
Sehubungan itu, ini merupakan satu langkah ke hadapan supaya masalah pengangguran dapat kita uruskan termasuk mereka yang di kalangan siswazah dan mereka yang telah tersedia dengan latihan ‘upskilling’ (peningkatan kemahiran) dan ‘reskilling’ (pemahiran semula) yang mana kita boleh latih semula supaya mereka disediakan dengan pekerjaan sesuai.
Sebab itu Kabinet memutuskan penubuhan Majlis Pekerjaan Negara. Di kebanyakan negara pun ada...kita ada juga tetapi agak terasing, ‘in silo’, banyak jawatankuasa dibentuk tetapi tidak menjurus kepada langkah menjana pekerjaan baharu,” katanya dalam rancangan bual bicara Agenda Awani malam ini.
Muhyiddin berkata pada masa ini, latihan pemahiran semula dan peningkatan kemahiran kepada sebahagian golongan yang tidak mempunyai pekerjaan telah dimulakan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang akan dijana menerusi kegiatan ekonomi baharu.
Pada pembentangan Belanjawan 2021 semalam, kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Pekerjaan Negara yang akan dipengerusikan Muhyiddin dan majlis itu akan menyelaras pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi bagi mewujudkan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja.
Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata pelbagai insentif turut diberikan kepada pelabur, baik dari dalam mahupun luar negara sekurang-kurang dalam tempoh dua tahun untuk menarik mereka menanam modal di negara ini dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perkerjaan.
“Kita lihat dalam keadaan sekarang ini, bukan sahaja kumpulan B40 bertambah, tetapi golongan M40 juga semakin mengecil kerana dibuang kerja dan kehilangan pekerjaan.
Keadaan ini memerlukan kita menyediakan peluang pekerjaaan, menguruskan supaya jangan ada pekerja Malaysia dibuang kerja, sebab itu bantuan subsidi upah diberikan untuk bantu syarikat berhadapan dengan situasi sukar ini,” katanya.
Menyedari terdapat lebih 860,000 pengangguran di dalam negara ketika ini, beliau berharap langkah-langkah dalam belanjawan itu dapat mencipta peluang pekerjaan yang baharu untuk mereka yang terkesan.
Dalam situasi sukar ini, kerajaan memberikan pelbagai insentif dan subsidi untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan mikro, bagi memastikan mereka tidak terjatuh di bawah ‘jaringan keselamatan sosial’.
Sementara itu, mengenai langkah kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Muhyiddin berkata ia dilakukan setelah mempertimbangkan keadaan terdesak yang sedang dialami rakyat.
“Mula-mula memang kita agak rasa berat hati, bukan sebab tak nak bagi, tetapi soalnya bagaimana dengan jaminan masa depan pencarum tadi. Dahulu kita telah benarkan pengeluaran daripada Akaun 2 (i-Lestari) sekarang Akaun 1, jadi apa lagi yang berbaki untuk kelangsungan masa depan mereka.
Tetapi memandangkan ‘suara’ itu makin gamat dan datang daripada mereka yang terkesan, mungkin disebabkan tiada lagi simpanan, kerajaan pertimbang dan buat keputusan untuk memberikannya secara bersasar,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel