KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin optimistik bahawa ekonomi negara akan terus meningkat di bawah Belanjawan 2021 yang banyak menyediakan insentif luar biasa serta pelbagai peluang pekerjaan baharu.
Beliau berkata hampir RM28 bilion daripada RM322.5 bilion jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan itu adalah dalam bentuk subsidi dan insentif, antaranya menjadikan Malaysia destinasi utama untuk pelaburan asing serta menjana peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.
“Subsidi penting supaya kita dapat menentukan kumpulan sasar seperti petani, nelayan, pekebun kecil mahupun penoreh getah dan sektor informal lain untuk terus berniaga.
“Langkah-langkah yang kita ambil (di bawah Belanjawan) telah beri satu kelegaan dengan hampir 11.6 juta rakyat yang telah mendapat bantuan akan terus dibantu.
"Di samping itu, ekonomi kita diharap dapat meningkat supaya peluang-peluang pekerjaan tidak akan terjejas,” kata Perdana Menteri dalam satu temu bual khas oleh Astro Awani yang disiarkan secara langsung malam ini.
Muhyiddin berkata hampir 860,000 orang sedang menganggur di Malaysia pada waktu ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar sektor swasta untuk terus menjadi pendokong kepada pembangunan ekonomi negara seperti yang telah dilakukan sejak dahulu lagi.
Katanya, kerajaan juga telah mengambil pendekatan untuk membantu sektor swasta seperti pemberian moratorium, yang melibatkan institusi kewangan dalam menyediakan bantuan bayaran balik pinjaman agar syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh kekal berurus niaga.
Muhyiddin berkata selain daripada itu, insentif-insentif bersasar kepada sektor swasta seperti pembuatan, pelancongan, dan pembinaan juga turut diberikan.
“Kalau dilihat dalam pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan semalam, hampir semua sektor ada diberikan insentif termasuk sektor industri kecil dan sederhana.
“Ini langkah penting supaya kita dapat pastikan mereka boleh meneruskan perniagaan dan kita akan pantau secara dekat,” jelas beliau.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memperincikan pelaksanaan dan penyampaian insentif Belanjawan 2021 setelah mendapat kelulusan Parlimen.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel