KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta bagi mempercepatkan proses pendigitalan, memperbanyakkan majlis digital Revolusi Industri (IR 4.0) serta melabur secara skala besar bertujuan memacu usaha digitalisasi di samping meningkatkan kesalinghubungan dalam negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama awam-swasta dan keputusan untuk menambah jumlah majlis IR 4.0 adalah untuk meneliti kaedah pelaksanaan bagi mempercepatkan proses pendigitalan serta kesalinghubungan, terutama dalam tempoh sukar ini.
"Mempercepatkan proses pendigitalan dan menambah baik kesalinghubungan akan memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di mana pada zaman sukar ini, mereka beralih kepada perniagaan dalam talian dan e-dagang untuk mencapai lebih ramai pelanggan,” katanya malam ini.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif secara langsung bersama saluran televisyen Astro Awani bagi mengupas perincian Belanjawan 2021 serta isu semasa.
Muhyiddin berkata tahap kesalinghubungan di seluruh negara sudah mencecah 80 peratus hingga 90 peratus, dan pelaburan yang besar menerusi Belanjawan 2021 bertujuan menambah baik infrastruktur serta mengisi kelompongan dalam usaha meningkatkan proses pendigitalan.
"Kesalinghubungan mesti ada bagi tujuan perdagangan, komunikasi serta ia dibuktikan oleh negara-negara maju," katanya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa membentangkan Belanjawan 2021 semalam berkata pembangunan infrastruktur dan penaiktarafan rangkaian asas telekomunikasi adalah perlu bagi menampung keperluan gaya hidup digital.
Beliau berkata justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperuntukkan RM7.4 bilion untuk memperluas perkhidmatan jalur lebar pada 2021 dan 2022.
Kerajaan juga akan memperuntukkan RM500 juta untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) bertujuan memastikan kesalinghubungan 430 sekolah di seluruh Malaysia, katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel