BERITA

Belanjawan 2021: RM31.9 bilion untuk Kementerian Kesihatan, lebih tinggi berbanding Belanjawan 2020



KUALA LUMPUR, 7 Nov  -- Peruntukan Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kesihatan yang berjumlah RM31.9 bilion adalah lebih tinggi berbanding RM30.6 bilion bagi Belanjawan 2020.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan kerajaan jumlah bagi bekalan perubatan serta bahan guna habis sebanyak RM4.29 bilion telah diasingkan dan diperuntukkan di bawah butiran 080000 (Program Khusus).

Katanya, ia termasuk Bekalan Perubatan Fasiliti Perubatan Kerajaan sebanyak RM2.89 bilion dan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat sebanyak RM1.4 bilion.

“Inilah sebabnya mengapa jumlah peruntukan di bawah butiran 020000 (Perubatan) menunjukkan ‘pengurangan’ daripada RM14.2 bilion (2020) kepada RM11.3 bilion (2021).

“Butiran ini mengandungi peruntukan bagi pelbagai bidang kepakaran kesihatan termasuk nefrologi dan farmasi. Hakikat yang sebenar, tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Jelas Zafrul, seperti yang diumumkan oleh beliau semasa perbentangan Belanjawan semalam, kerajaan memperuntukkan RM475 juta sebagai peruntukan tambahan untuk bekalan reagen dan bahan guna habis yang diperlukan berkaitan COVID-19.

“Peruntukan berjumlah RM318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan ‘hand sanitizer’ kepada petugas barisan hadapan; RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19; RM50 juta bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti, serta menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer, di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP norma baharu.

“Peruntukan tambahan ini tidak termasuk dalam peruntukan belanja mengurus yang terkandung di dalam Buku Anggaran Perbelanjaan, kerana ia diperuntukkan secara berasingan di bawah Kumpulan Wang COVID-19,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam usaha melindungi nyawa dan kesihatan rakyat Malaysia.

“Semua peruntukan di atas belum kira lagi jumlah yang telah disalur tahun ini, di mana kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 bilion bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan kesihatan awam berkaitan COVID-19, antaranya untuk membeli Kelengkapan Perlindungan Diri atau PPE, reagen dan bahan guna habis,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga telah memperuntukan sejumlah RM24 juta bagi menangani isu kesihatan mental, melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan, serta Penyalahgunaan Substans.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel