BERITA

KBS terus komited lonjakkan pembangunan belia dan sukan - Reezal

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KEPALA BATAS, 8 Nov -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus komited untuk melonjakkan pembangunan belia dan sukan, seiring dengan peruntukan yang telah disalurkan kepada kementerian tersebut pada Belanjawan 2021.

Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menyedari bahawa Belanjawan kali ini bukan mudah, kerana dibuat dalam saat sukar ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, namun pihaknya bersyukur kerana perhatian terhadap aspek pembangunan sukan tidak dipinggirkan.

“Kita kena akui Belanjawan 2021 bukan satu belanjawan mudah untuk dibuat, kerana dengan keadaan penuh kesukaran, perkara pertama sudah tentu untuk memastikan persiapan berdepan pandemik COVID-19 serta kelestarian hidup.

“Walaupun begitu ia tetap memberi fokus kepada KBS, dan kita akan gunakan sebaik mungkin dan memanfaatkannya bagi melonjakkan pembangunan belia,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian projek naik taraf padang hoki kompleks sukan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Bertam, di sini malam tadi.

Reezal Merican berkata KBS akan memberikan komitmen penuh untuk melaksanakan segala program pembangunan belia dan sukan secara menyeluruh, dan ia bakal dirasai oleh seluruh generasi muda dan warga belia di seluruh negara.

“Memang benar, ada penurunan sedikit kepada belanjawan keseluruhan KBS, tetapi ini sama sekali tidak bermakna kita tidak boleh melaksanakan amanah dan program dengan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan dana berjumlah RM103 juta untuk membina, menaik taraf, dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara, selain RM55 juta untuk program pembangunan sukan berprestasi tinggi termasuk RM15 juta buat e-Sukan.

Reezal Merican berkata menerusi e-Sukan, pihak kementerian akan terus mencari bakat-bakat dan potensi untuk digilap dan diangkat sebagai atlet.

Terdahulu dalam ucapannya, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, padang hoki kompleks MBSP yang telah dinaik taraf itu, mampu menjadi hab kepada pembangunan bakat sukan itu khususnya di negeri ini.

Beliau berkata biarpun kos keseluruhan projek tersebut hanya sekitar RM4 juta, penaiktarafan  padang tersebut telah memberikan nafas dan semangat baharu kepada peminat hoki tempatan, selain memberi impak besar kepada Kepala Batas dan Pulau Pinang.

“Dalam hal ini, kerajaan akan sentiasa berusaha untuk menyediakan fasiliti dan kemudahan sukan yang lebih baik kepada masyarakat, berkualiti, serta menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Justeru, dengan adanya fasiliti dan kemudahan padang hoki yang selesa dan baharu seperti ini, maka kerjasama daripada semua pihak adalah dipohon, bagi memastikan kesinambungan legasi sukan dapat direalisasikan,” katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel